Dunia belum berakhir, menghidap diabetes sejak kecil masih boleh dirawat dengan bantuan ibu bapa dan pakar


  • Sihat
  • Rabu, 01 Nov 2023

Diabetes masih boleh dirawat, ibu bapa perlu mainkan peranan mereka untuk sentiasa menyokong anak-anak mereka lalui kehidupan istimewa ini. — Gambar hiasan

APABILA anak disahkan menghidap diabetes, ibu bapa pasti akan rasa sedih, keliru dan tertanya-tanya bagaimana anaknya boleh menghidap penyakit itu.

Perunding Endokrinologi Pediatrik di IMU Healthcare dan Pensyarah Kanan Pediatrik di Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr Meenal Mavinkurve memberi sedikit pencerahan dan berkongsi pendapatnya mengenai bagaimana jika anak disahkan menghidap diabetes kanak-kanak.

Dr Meenal menjelaskan penyakit diabetes kini sudah tidak asing lagi bagi kanak-kanak di Malaysia.

Beliau sudah bertemu ramai ibu bapa yang berasa terkejut, tidak berdaya dan berputus asa apabila anak mereka disahkan menghidap penyakit itu.

Tetapi, Dr Meenal menekankan bahawa keadaan itu ada penyelesaiannya kerana ia masih boleh dirawat dengan sokongan ibu bapa.

“Saya benar-benar mahu pesakit dan ibu bapa memahami yang kanak-kanak penghidap diabetes boleh berjaya malah lebih baik berbanding kanak-kanak lain.

Tidak dinafikan ianya sukar, tetapi sokongan ibu bapa membantu kanak-kanak ini menikmati kemanisan hidup sama seperti rakan sebaya mereka,” ujar Dr Meenal.

Diabetes adalah penyakit metabolik yang terjadi ketika terdapat kadar gula yang tinggi. Gambar hiasan

Apakah melitus diabetes?

Melitus diabetes adalah keadaan apabila kurangnya insulin yang dirembeskan oleh pankreas dalam badan.

Insulin memainkan peranan penting untuk mendapatkan glukosa yang merupakan satu sumber tenaga ke dalam sel-sel badan kita.

Kedua-dua keadaan ini boleh membawa kepada paras glukosa yang tinggi dalam aliran darah.

Jenis melitus diabetes paling biasa di kalangan kanak-kanak adalah Jenis 1 (iaitu kekurangan insulin, atau T1DM) dan Jenis 2 (rintangan insulin, atau T2DM).

T1DM adalah keadaan autoimun di mana badan menghasilkan antibodi yang memusnahkan sel-sel beta di dalam pankreas manakala T2DM pula badan masih boleh menghasilkan insulin tetapi insulin kurang bertindak.

Gejala dan tanda diabetes

Gejala biasa adalah seperti sering dahaga, berat badan menurun dan merasa letih.

Selain itu, sering rasa mahu kencing dan terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil atau kencing di atas tilam pada waktu malam adalah gejala penting yang perlu diberi perhatian pada kanak-kanak kerana ia mungkin tanda-tanda diagnosis diabetes.

“Sekiranya anda mendapati adanya gejala dan tanda-tanda itu, segeralah berjumpa doktor. Ibu bapa perlu bertanya kemungkinan adanya diabetes dan sama ada ujian glukosa dan keton perlu dilakukan,” nasihat Dr Meenal.

medicine, healthcare and diabetes concept - teddy bear toy with syringe, glucometer and insulin pen device over blue background

Pesakit diabetes kanak-kanak masih boleh dirawat dan dikawal dengan mengambil langkah awal oleh ibu bapa. — Gambar hiasan

Awareness

Jelas Dr Meenal, kesedaran bahawa melitus diabetes adalah penyakit yang boleh dihidapi kanak-kanak adalah langkah awal untuk dapatkan rawatan awal.

“Jika gejala-gejala tersebut tidak dikesan dari awal, ia boleh melarat dan menjadi lebih teruk dengan gejala muntah, kelesuan, sesak nafas dan sakit perut,” jelasnya.

Angka yang semakin meningkat

Pada 2019, Atlas Persekutuan Diabetes Antarabangsa melaporkan 977 kes diabetes di kalangan kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun di Malaysia.

Angka tersebut meningkat lebih dua kali ganda bagi kes yang didaftarkan pada tahun 2008 di bawah pendaftaran diabetes dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia.

Laporan akhbar The Star turut menyatakan, kira-kira 57 kanak-kanak disahkan menghidap diabetes setiap tahun.

Di Malaysia, purata umur diagnosis adalah antara 7 hingga 8 tahun dan keadaan ini biasa dilihat dalam kumpulan umur remaja.

"Walaupun wujud kaitan yang kuat antara obesiti dan T2DM, terdapat faktor lain yang turut mempengaruhi seperti sejarah keluarga dan latar belakang etnik," jelas Dr Meenal.

Risiko diabetes dan komplikasi

Diagnosis melitus diabetes tidak kira T1DM atau T2DM berisiko menghadapi komplikasi termasuk tekanan darah tinggi, paras kolesterol tidak normal, penyakit hati berlemak dan kesan buruk pada buah pinggang, saraf dan mata.

Namun begitu, kawalan glukosa secara optimum dan memastikan pematuhan adalah asas dalam mencegah komplikasi.

493ffe530b5369ee573d6abfe476457e62ac3bd2f323c

Pesakit diabetes haruslah dipantau sepenuhnya oleh ibu bapa terhadap pengambilan makanan harian mereka. Gambar hiasan

Cara mengawal diabetes

Menguruskan diabetes kanak-kanak perlukan perkongsian di antara ibu bapa dan pasukan penjagaan kesihatan.

Pasukan ini biasanya terdiri daripada doktor, jururawat, pakar diet dan ahli psikologi kerana setiap daripada mereka mempunyai peranan penting.

Prinsip asas pengurusan T1DM adalah untuk meniru fungsi pankreas.

Oleh itu, kanak-kanak dan ibu bapa perlu belajar bagaimana untuk memeriksa paras glukosa beberapa kali sehari, selain perlu memahami keadaan yang boleh menyebabkan turun naiknya paras glukosa dan tindakan yang perlu diambil.

Menyokong anak diabetes

Ibu bapa yang anaknya penghidap T1DM perlu belajar banyak perkara baharu untuk anak mereka sepanjang hidupnya.

Ibu bapa juga turut tanggungjawab mengajar anak-anak mereka tentang penjagaan kendiri diabetes bagi membolehkan kanak-kanak itu berdikari, bertanggungjawab dan yakin dalam penjagaan kendiri diabetes mereka dari semasa ke semasa.

Tambah Dr Meenal, kanak-kanak bersekolah juga perlu belajar cara menyuntik insulin sendiri.

Amalan pengambilan makanan yang sihat ini seharusnya dipupuk dari rumah dan seelok-eloknya sejak peringkat awal usia kanak-kanak. Gambar hiasan

Diabetes dan diet

Menghidap diabetes bukan bermakna tidak boleh langsung mengambil benda manis dan bergula dalam diet.

Semuanya mengenai kesederhanaan dan mengikuti diet sihat sama seperti kanak-kanak lain yang tidak menghidap diabetes.

Tambah Dr Meelan, kanak-kanak penghidap diabetes perlu mengira jumlah karbohidrat di dalam makanan manis yang mereka makan dan menyuntik insulin untuk dirinya sendiri.

Manusia yang menghidap penyakit seawal usia kanak-kanak adalah insan yang terpilih. Gambar hiasan

Diabetes bukanlah pengakhirannya

Pesakit dan keluarga boleh mendapatkan sokongan doktor dan bekerjasama untuk memastikan kanak-kanak penghidap diabetes menikmati zaman kanak-kanak yang indah dan bernilai sama seperti kanak-kanak lain.

Kesedaran dan pendidikan mengenai diabetes kanak-kanak melalui sumber yang boleh dipercayai adalah begitu penting.

“Melitus diabetes boleh jadi satu keadaan yang kronik, tetapi ada jalan penyelesaiannya. Dengan jalan penyelesaian itu dan kerjasama, kita mampu membantu kanak-kanak penghidap diabetes untuk mencapai potensi yang sewajarnya," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram