Penggemar pisang kena baca, ini 5 buah dan sayuran mampu tingkatkan kualiti sperma


  • Sihat
  • Rabu, 11 Okt 2023

Antara buah-buahan dan sayuran yan baik untuk tingkatkan kualiti dan kuantiti sperma lelaki.

KUALITI air mani memainkan peranan dalam menentukan tahap kesuburan lelaki.

Ini sekali gus meletakkan faktor kegagalan untuk mendapat zuriat ke atas kaum Adam.

Tetapi adakah ianya benar?

Sperma yang subur adalah faktor paling penting dalam kesuburan seorang lelaki.

Jika wanita sering kali dipersalahkan dalam masalah kesuburan, lelaki juga sebenarnya perlu bertanggungjawab jika ujian kesuburan lelaki membuktikannya, kerana punca kegagalan mendapat anak adalah hampir sama bagi kedua-dua pihak, lelaki dan perempuan.

Kualiti dan kuantiti sperma adalah penting untuk membolehkan persenyawaan berlaku.

Kesuburan lelaki juga tidak sepenuhnya bergantung kepada kualiti dan kuantiti sperma, walaupun ia adalah faktor utama.

Ada juga punca ketidaksuburan yang lain seperti mati pucuk (disfungsi erektil) dan ejakulasi pramatang.

Majoriti senaraikan 5 buah dan sayuran yang mampu tingkatkan kualiti sperma buat para lelaki.

7

Strawberi antara buah yang bukan sekadar sedap dimakan malah kaya dengan vitamin C untuk tingkatkan kualiti sperma. Gambar hiasan.

1. Strawberi

Dikatakan strawberi juga bertindak seperti Viagra.

Viagra dikenali sebagai produk yang boleh menyelesaikan masalah seksual lelaki yang biasanya diambil sebelum hubungan seks dengan pasangan.

Ramai pengguna Viagra yang pernah mengadu tentang pelbagai kesan sampingan selepas mereka kerap mengambil ubat tersebut.

Buah strawberi kaya dengan Vitamin C dan boleh meningkatkan kualiti sperma.

8

Kadar zat besi yang ada dalam tembikai akan bertindak sebagai makanan tambahan terbaik untuk kesuburan lelaki. Gambar hiasan.

2. Tembikai

Tembikai adalah salah satu buah terbaik untuk meningkatkan seksualiti dan daya tahan lelaki, malah sitrulin dalam tembikai menyempitkan saluran darah dan menghasilkan arginine yang menghasilkan Nitric Oxide.

Nitrik oksida memainkan peranan penting dalam kehidupan seksual anda, selain meningkatkan emosi dan memberikan ereksi yang lebih kuat.

9

Pisang boleh membantu badan anda merembeskan sperma yang lebih sihat, lebih kuat dan meningkatkan produktiviti sperma anda. Gambar hiasan.

3. Pisang

Pisang mempunyai sejumlah besar kalium yang meningkatkan aliran darah, malah vitamin B dalam buah ini meningkatkan tenaga dan anda boleh melakukan aktiviti lebih lama di atas katil.

Buah yang sering menjadi pilihan ramai itu juga dikatakan dapat meningkatkan testosteron.

10

Kadar asid folik tinggi boleh membantu meningkatkan peluang anda untuk menghasilkan sperma yang kuat. Gambar hiasan.

4. Sayuran hijau

Bayam, kobis dan sayur-sayuran hijau lain boleh dimakan sebagai alternatif kepada Viagra - ia mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Penyelidik mengatakan bahawa vitamin E meningkatkan tenaga batin dan mengeluarkan hormon untuk memuaskan keintiman.

Avocado mengandungi vitamin E yang tinggi yang berfungsi untuk meningkatkan pergerakan sperma dan penting untuk membolehkan persenyawaan telur berlaku. Gambar hiasan.

5. Avokado

Avokado mempunyai vitamin B6, asid folik dan lemak yang menyihatkan jantung dimana ia mampu memberi anda lebih tenaga.

Vitamin B6 adalah yang paling penting kerana ia membantu penghasilan hormon lelaki, kerana avokado adalah kunci kepada dorongan seks yang kuat.

Namun, jika buah-buahan di atas tidak memberikan hasil, anda mungkin memerlukan bantuan teknologi seperti pemancutan beradas (IUI) dan kaedah bantuan pensenyawaan.

Dengan perkembangan teknologi perubatan, banyak masalah kesuburan yang dapat dirawat.

Sila dapatkan bantuan daripada pakar kesuburan untuk mengetahui masalah sebenar anda. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram