Tujuh hobi boleh dipelajari secara online, siap boleh buat duit tambah pendapatan


  • Hobi
  • Khamis, 05 Okt 2023

Hobi membolehkan kita memanfaatkan masa lapang dengan melakukan perkara yang kita sukai.

PERNAHKAH anda melihat sesuatu kraf tangan yang menarik perhatian anda di laman sosial?

Tidakkah anda timbul rasa ingin mencuba membuat kraf tangan tersebut?

Jika ya, kenapa tidak anda cuba membuatnya sendiri dengan berpandukan video di YouTube, Instagram, X (Twitter) dan TikTok?

Laman sosial bukan sahaja tempat untuk kita bersosial, tetapi ia juga boleh menjadi tempat kita berkongsi serta mempelajari sesuatu yang baharu.

Melihat begitu ramai individu di laman sosial yang berkongsi kreativiti serta idea mereka, kenapa kita tidak jadikan ia sebagai hobi dan serlahkan kreativiti melalui idea yang dikongsikan itu?

Berikut merupakan beberapa hobi yang Majoriti senaraikan untuk anda belajar dan buat walaupun hanya duduk di rumah:

4472b704-2aea-4862-8921-246d8d695ac1_900_900

Sulaman merupakan suatu hasil karya yang bertujuan untuk mengindahkan atau mencantikkan lagi sesuatu jenis fabrik, pakaian, aksesori dan juga kraftangan. Gambar hiasan

1. Sulaman

Jika anda gemar menonton video sulaman di Instagram, mengapa tidak hasilkan kraf itu sendiri?

Terdapat banyak tutorial sulaman asas yang terdapat di YouTube.

Malah, laman Pinterest juga memberikan anda banyak idea untuk hasilkan corak yang mudah dan berguna.

Setelah mempelajari asas-asas jahitan, anda boleh bereksperimen dengan ciptaan sendiri pula!

Jika ada permintaan yang tinggi, anda juga boleh meniaga secara kecil-kecilan tau! Mana tahu itu boleh jadi punca pendapatan sampingan korang kan?

1594451

Berkebun juga secara tidak langsung sebagai terapi mata dan minda selepas seharian penat bekerja serta menjadi aktiviti sihat. Gambar hiasan

2. Berkebun

Sekiranya anda seorang pencinta alam, anda boleh pertimbangkan untuk bercucuk tanam di halaman rumah.

Tak perlu besar-besar pun tak mengapa, mulakan tumbuhan yang kecil yang mudah untuk dijaga buat pemula.

Kemudahan internet membolehkan anda membeli biji benih atau pokok secara dalam talian sahaja tak perlu keluar rumah dah sekarang. Pesan sahaja dalam talian, esok lusa sampai depan rumah.

Anda juga boleh bereksperimen dengan cara penanaman pokok di pasu supaya ia tumbuh dengan sihat dan cantik.

Zaman sekarang semuanya di hujung jari anda sahaja di mana anda boleh belajar di laman YouTube cara penjagaan dan info mengenai pokok yang anda tanam.

Photoshop adalah kemahiran menyunting gambar yang laku di pasaran ketika ini. Gambar hiasan

3. Photoshop - Penyuntingan

Tidak ada alasan sebenarnya untuk belajar Photoshop.

Malah, mempelajari Photoshop boleh membantu anda mendapatkan pekerjaan atau meningkatkan nilai tambah di dalam resume anda.

Rata-rata syarikat di Malaysia sangat memerlukan mereka yang mahir menggunakan Photoshop untuk menyunting gambar atau membuat poster dan sebagainya.

Adobe juga ada menawarkan tutorial sendiri, yang mana anda boleh gunakan untuk memahami asas-asasnya.

Macam penulis cakap tadi, segala tutorial ada di Youtube Anda tinggal nak belajar sahaja.

PicsArt_11-06-08.51.16

Mengubah bunga antara hobi yang digemari oleh para wanita. Gambar hiasan

4. Gubahan bunga

Peminat bunga-bungaan semestinya suka dengan hobi ini.

Selain daripada cantik diletakkan di sudut rumah, bunga juga mempunyai manfaat terapeutik.

Mungkin sesetengah anda tidak dilahirkan dengan kreativiti untuk mengubah bunga, tetapi anda boleh pelajarinya di internet.

Sesetengah orang, bunga boleh mendatangkan mood yang ceria buatnya jadi mereka suka lakukan hobi ini untuk cantikkan rumah sekali gus untuk kepuasan diri.

Terdapat banyak kelas gubahan secara maya yang tersedia di internet, anda tidak perlu hadir ke kelas untuk lakukan hobi ini.

Multimedia video wall television broadcast. Hand holding remote control.

Pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk menonton drama ataupun filem secara pantas. Gambar hiasan

5. Tonton filem dan drama dalam talian

Hobi ini semestinya ramai yang paling suka kan?

Dalam mengisi masa lapang, mungkin ada yang lebih gemar melakukan aktiviti yang lebih santai.

Hobi menonton filem, menonton TV, dan mendengar muzik juga dianggap sebagai hobi.

Oleh itu, jika anda rasa anda sering menonton banyak filem dan drama bersiri, anda sebenarnya telah mengisi masa anda dengan hobi.

Tetapi perlu diingatkan bahawa anda perlulah menonton di laman sesawang yang sah. Jangan tonton secara haram tau! Kerana perbuatan itu salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Bukan itu sahaja, perbuatan itu juga boleh memberi kesan buruk kepada industri perfileman dan penggiat seni tanah air kita.

Kini, bukan sahaja filem dan drama bersiri yang anda boleh tonton di internet, malah saluran berita juga boleh ditonton secara atas talian dalam bentuk platform telefon pintar dan komputer riba.

Keindahan seni kaligrafi mencetuskan penghayatan yang tinggi terhadap rasa cinta kepada agama dan ia membuktikan agama Islam sebagai agama sempurna dari semua aspek kehidupan manusia. Gambar hiasan

6. Kaligrafi

Sebenarnya YouTube ada banyak tutorial tulisan tangan, jadi anda boleh mengasah teknik kemahiran kaligrafi anda sebelum menggunakannya di dalam kad ucapan orang tersayang.

Kaligrafi ini bukan sahaja hobi yang biasa-biasa. Jika anda sudah mahir dengan kemahiran dan teknik kaligrafi, anda juga boleh jadikan kraf ini sebagai pendapatan sambingan dengan menjualnya di media sosial.

Teknik kaligrafi ini tidak semua orang mampu miliki jadi jika anda sudah kuasai teknik ini, mudah la anda nak buat duit!

Ini adalah koleksi jam antik. Gambar hiasan

7. Kumpul barangan antik

Ini adalah hobi paling 'rare' sebab jarang orang buat. Umumnya anda boleh mencari kedai barangan antik di Instagram dan Facebook namun ia tidak la semudah yang anda sangkakan.

Ia merupakan hobi yang menarik kerana tidak ramai yang gemar mencari barangan lama untuk dijadikan koleksi simpanan sendiri.

Hobi ini memerlukan usaha yang tekun dalam mencari barangan antik di seluruh tempat.

Barangan antik mempunyai nilai yang tinggi kerana usianya yang sudah lama dan sukar untuk ditemui membuatkan nilai sentimentalnya juga menjadi lebih tinggi.

Jika anda tahu di mana untuk mencari dan melakukan tawar-menawar, maka anda boleh mendapatkan keuntungan yang lumayan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram