Diminati ramai fans Indonesia, Alyssa Dezek bakal berduet dengan artis seberang hujung tahun ini


  • Hiburan
  • Rabu, 25 Okt 2023

Alyssa Dezek mahu kembangkan bakat di Indonesia kerana memiliki ramai pengikut dan peminat di sana.

NAMA Alyssa Dezek sememangnya tidak asing dalam bidang seni kerana pernah popular suatu ketika dahulu ketika mampu membeli sebuah kereta Toyota Vellfire berharga RM250,000 di usia 14 tahun dengan hasil titik peluhnya sebagai penyanyi dan pelakon.

Alyssa pernah muncul dalam drama Kasut Bola Pink, Anak Anak Ibu, Jangan Sembelih Merah, Patahnya Sebelah Sayap, Jodoh-Jodoh Annisa, Ghahim Takut Nak Azan dan banyak lagi.

Setelah namanya popular di Malaysia, Alyssa turut mengimpikan untuk mengembangkan sayap di negara seberang iaitu Indonesia.

Siapa sangka, impiannya menjadi kenyataan apabila dia berjaya mengeluarkan muzik berjudul Lagu Untuk Kamu yang dicipta oleh produser Indonesia, Posan Tobbing.

Mengulas mengenai itu, pada awal penghasilan lagu, Alyssa hanya mendapat panggilan telefon daripada bosnya untuk berbincang bersama produser berkenaan yang datang ke Malaysia.

Namun, hanya dalam masa lima minit, Posan Tobbing mampu mencipta lirik Lagu Untuk Kamu dan meminta Alyssa untuk menjadi penyanyi bagi lagu itu.

Lagu itu turut sempat dirakam di Jakarta, Indonesia sebelum Covid-19.

Alyssa berkata, dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan lagu baharu dan berduet bersama salah seorang penyanyi Indonesia.

"Sekarang masih dalam proses perancangan lagi, tetapi InsyaALLAH akhir tahun ini Alyssa akan berduet dengan seorang artis Indonesia dalam single terbaharu, cuma tarikh untuk release lagu baharu belum ada lagi," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2023-10-24 at 8.07.58 PM

Alyssa Dezek peroleh banyak sokongn dalam kerjayanya sebagai pelakon dan penyanyi.

Namanya kini terkenal di Indonesia dan peroleh banyak peminat di laman sosial yang mendukung kerjayanya sebagai penyanyi cilik dan pelakon.

Sebelum ini, Alyssa memulakan kerjayanya dalam bidang seni ketika memasuki program Ceria All Star pada usia tujuh tahun dan menyertai menyertai program Ceria Mega Star pada 2018.

Mampu meraih populariti sebagai pelakon dan penyanyi di usia kecil, Alyssa turut memberitahu dia terinspirasi oleh ibunya sendiri, Suzanne Dezek.

"Waktu kecil-kecil, ibu Alyssa suka bernyanyi, jadi saya terikut-ikut perkara itu. Malah, ibu juga yang membimbing saya untuk memulakan nyanyian," katanya.

Bergelar pelakon dan pelajar tidak semudah yang disangka, Alyssa turut memberitahu caranya untuk membahagikan masa di antara dunia kerjaya dan pelajaran.

"Saya kadang-kadang terlepas juga pelajaran apabila perlu pergi shooting untuk drama, tetapi Alhamdulillah kawan-kawan dan guru sentiasa membimbing.

"Guru selalu ambil berat dan bertanya sama ada saya berada dalam keadaan baik dan jelas atau tidak mengenai pelajaran," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram