Aina Abdul 'ANWAA' 3.0 temui peminat di Bukit Jalil pada Sabtu


  • Hiburan
  • Selasa, 12 Sep 2023

Aina Abdul membuat persembahan lagu di perkarangan The Starhill di ibu negara pada Selasa.

PENYANYI Aina Abdul bakal menggegarkan Axiata Arena Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Sabtu dengan mengadakan konsert 'A Night with Aina Abdul 3.0'.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, berkata, persembahan muzik 'ANWAA' 3.0 dengan sasaran 10,000 penonton ini bakal memainkan 33 buah lagu moden dan klasik.

"Saya akan tampil konsep berbeza terutamanya daripada pelbagai aspek, supaya dapat bagi kepuasan kepada peminat.

"Saya akan buat persembahan terbaik di 'ANWAA' 3.0 ini sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia saya, khususnya kelab peminat saya, Aination yang tidak pernah berhenti sokong saya dan menjadi pembakar semangat saya," katanya.

Dia berkata demikian pada sidang media yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Selasa.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 6.58.26 PM (1)

Aina bergambar bersama peminat selepas menyanyikan tiga buah lagu di perkarangan Bukit Bintang.

Pada sesi tersebut, Aina turut tampil dengan gimik memakai busana gaun putihnya di perkarangan Bukit Bintang sambil bernyanyi tiga lagu iaitu Jangan Mati Rasa Itu, Fool dan Terus Hidup.

Sidang media yang berlangsung untuk mempromosikan persembahan muziknya Sabtu ini dilihat mendapat sambutan lebih 2,000 peminat yang hadir di perkarangan Bukit Bintang dengan memakai pakaian berwarna merah sesuai dengan tema majlis itu.

Sebagai rekod, Aina Abdul berjaya membuat persembahan muzik solo pertama 'A Night with Aina 1.0' pada 2021.

Aina Abdul juga pernah memiliki trofi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu selama dua tahun berturut-turut.

Mengulas tentang keluhan peminat tentang harga tiket, Aina berkata, tiket konsert yang bakal diadakan kali ini harganya jauh lebih murah berbanding persembahan-persembahan muzik sebelumnya, selepas mendapat bersetujuan bersama kolaborasinya iaitu Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

"Saya juga ada terima banyak komen daripada orang ramai di media sosial soal harga tiket yang agak mahal, jadi tiket konsert yang akan dibawakan kali ini harganya agak berpatutan dan mampu milik, jadi kena datang Sabtu ini," katanya.

Aina dan pasukan telah bekerja keras untuk membuat persediaan rapi bagi persembahan muzik yang bakal berlangsung agar berjaya membawa penampilan yang berbeza daripada sebelumnya.

Aina turut meluahkan rasa syukurnya diberi peluang kerjasama dengan PRIHATIN bagi buat konsert solo berskala besar.

WhatsApp Image 2023-09-12 at 6.58.38 PM (1)

Aina Abdul bergambar bersama pasukan PRIHATIN

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata, penganjuran persembahan muzik kali ini berkonsepkan 'Berhibur Sambil Beramal' iaitu bukan hanya bersifat komersial semata-mata.

" Penganjuran persembahan 'ANWAA' 3.0 ini bakal memberi manfaat buat pelajar di universiti, dimana kita akan menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN.

"Jadi akan bermanfaat buat kegunaan pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di peringkat pengajian tinggi," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram