SALAH seorang pemenang bertuah Kempen Langgan dan Menang Majoriti, Nur Atiqah Usman, 22, gembira apabila terpilih sebagai pemenang minggu keenam peraduan tersebut.
Dengan hanya bermodalkan RM30 untuk melanggan portal Majoriti, Nur Atiqah membawa pulang hadiah mingguan berupa minyak wangi Nina Ricci Nina Rose EDT 80ml.
Mengulas tentang 'tuah' yang dimilikinya, Nur Atiqah tidak menyangka dapat memenangi hadiah yang bernilai lebih RM300 itu.
"Saya sangat terkejut bila dapat tahu menang hadiah minyak wangi premium berjumlah RM355 dengan hanya melanggan Majoriti," katanya kepada Majoriti.
Nur Atiqah merupakan salah seorang pemenang kempen Langgan dan Menang minggu keenam.
Nur Atiqah kini berharap menjadi pemenang hadiah utama iaitu pakej pelancongan tiket percutian ke Taiwan bernilai RM10,000 untuk dua orang.
Dia yang juga merupakan pelajar sebuah universiti tempatan itu berharap dapat memenangi tiket percutian ke Taiwan kerana ingin membawa bersama ibunya melancong ke luar negara.
"Saya ingin membawa ibu saya bersama, kerana tiket yang ditawarkan adalah untuk dua orang, sangat berbaloi jika terpilih," katanya.
Dia juga menyimpan hasrat untuk menjejakkan kaki ke negara Taiwan kerana sering meneroka tempat menarik yang terdapat di negara itu menerusi media sosial.
"Saya selalu melihat video-video menarik yang menunjukkan keindahan negara Taiwan di laman Tiktok.
"Terlalu banyak aktiviti dan tempat menarik untuk dikunjungi di Taiwan," katanya.
Atiqah turut memilih hadiah bernilai RM10,000 sebagai hadiah untuk direbuti kerana berpendapat bahawa negara Taiwan salah satu negara yang mesra muslim.
"Saya mengetahui bahawa negara Taiwan memiliki banyak kedai makan Muslim dan tempat makanan halal yang memudahkan pengunjung Islam melancong ke negara itu," katanya.
Atiqah turut memuji laman portal Majoriti sebagai portal yang pantas dalam menyebarkan maklumat dan berita berbanding portal lain.
"Pendapat saya muka hadapan portal Majoriti sangat mesra dan mudah untuk digunakan untuk para pembaca.
"Berita yang dikeluarkan juga sentiasa dikemaskini dengan pantas.
"Saya tidak mengingati berita tentang apa tetapi saya pernah melihat Majoriti menyiarkan berita itu terlebih dahulu sebelum portal lain," katanya.
Kempen Langgan dan Menang Majoriti yang diadakan sempena ulang tahun kedua Majoriti menawarkan pelbagai hadiah menarik buat pembaca dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5 juta.
Antara hadiah lumayan bakal dibawa pulang meliputi hadiah utama adalah sebuah kondominium LEA by the Hills di Taman Melawati, Selangor tajaan OSK Property Holdings Bhd (OSK Property) bernilai RM602,800; baucar e-hadiah AEON Co (M) Bhd (AEON) mencecah RM50,000; kerusi urut OGAWA VPresto bernilai RM39,998 dan baucar makanan serta minuman eksklusif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram