SUNWAY Healthcare Group (Sunway Healthcare) mempersembahkan kediaman eksklusif warga emas bertaraf premium untuk penduduk berumur dengan gaya hidup aktif di Sunway Sanctuary.
Konsep Sunway Sanctuary berteraskan enam kunci utama iaitu lokasi strategik termasuk kesalinghubungan infrastruktur mudah diakses, galakan kepada kesejahteraan holistik dan gaya hidup aktif, kemudahan serba lengkap untuk kehidupan bermasyarakat dengan pelbagai aktiviti terpilih, kehidupan selesa lagi elegan dan penjagaan kesihatan berkualiti dalam jangkauan.
Lebih menarik, Sunway Sanctuary terletak betul-betul di atas Pusat Perubatan Sunway di lokasi strategik Sunway City, Petaling Jaya. Kemudahan serba cukup dengan kedai runcit, bakeri, farmasi, restoran, pusat kecantikan dan kesihatan terletak berdekatan.
Selain itu, ia juga terletak berhampiran pusat beli-belah terkemuka Sunway Pyramid, hotel dan banyak lagi. Presiden Sunway Healthcare, Datuk Lau Beng Long berkata, Sunway Sanctuary mempunyai akses kepada pasukan kesihatan yang terdiri daripada kakitangan berkelayakan di setiap tingkat jika berdepan situasi kecemasan.
“Kerja-kerja rumah seperti mengemas, mencuci pakaian dan penyediaan makanan harian akan diuruskan oleh bahagian makanan dan minuman (F&B) dan pasukan hospitaliti,” katanya.
Kolam infiniti antara fasiliti yang boleh dinikmati residen di Sunway Sanctuary.
Lau berkata, kediaman unik itu meliputi 100,000 kaki persegi (kira-kira 9,290 meter persegi) dengan kemudahan seperti pawagam, kolam infiniti air masin yang melalui proses pemanasan, bilik permainan, gimnasium, pusat kecergasan dan ruang acara untuk menggalakkan kehidupan aktif.
“Residen amat digalakkan untuk bergaul antara satu sama lain di ruang istirehat di setiap tingkat Sunway Sanctuary yang keseluruhannya dilengkapi dengan 235 unit.
“Dari perpustakaan dan sudut selesa ke ruang makan berlatar belakang pemandangan indah Bandar Sunway, pasti ada sesuatu untuk dinikmati oleh setiap residen.
“Setiap ruang direka bentuk sedemikian agar memberi kemudahan kepada ahli keluarga yang datang melawat di dalam suasana yang ceria, lapang dan selesa,” katanya.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai pengenalan projek Sunway Sanctuary, Lau berkata, inisiatif tersebut bagi memenuhi permintaan semasa terhadap kediaman warga emas yang berkualiti tinggi lagi selesa.
Ruang perpustakaan yang lapang memberi keselesaan kepada residen dan tetamu Sunway Sanctuary.
Memetik laporan Jabatan Perangkaan, penduduk Malaysia yang semakin berusia bertambah pada kadar lebih cepat daripada jangkaan dengan kira-kira 15 peratus populasi penduduk akan menjangkau usia melebihi 65 tahun menjelang 2050. Situasi tersebut menyaksikan Malaysia layak dikategorikan sebagai negara tua.
Pada masa sama, Laporan Bank Dunia 2020 - A Silver Lining: Productive and Inclusive Aging for Malaysia menyatakan meskipun terdapat cabaran dalam penjagaan masyarakat menua, ia berpotensi menjadi pemangkin ekonomi baharu dinamakan ‘ekonomi silver’.
Seperti yang di kebanyakan negara berpendapatan tinggi, masyarakat berumur berpotensi menjadi pengguna yang lebih mampu berbelanja berbanding generasi muda. Lau berkata, tidak seperti projek kediaman warga emas lain, Sunway Sanctuary ialah kediaman kontemporari premium pertama dan satu-satunya pembangunan yang dihubungkan secara terus ke hospital.
Menurutnya, ia menjadi nilai tambah utama kepada pembangunan itu kerana umum menyedari terdapat banyak isu kesihatan yang berkaitan dengan penuaan.
Sehubungan itu, dengan adanya staf perubatan seperti jururawat dalam jarak yang begitu dekat untuk memeriksa tahap kesihatan secara berkala, tentu ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh residen di Sunway Sanctuary.
“Saudara-mara dan anak-anak juga boleh berasa terjamin kerana orang yang mereka sayangi mendapat akses kepada rawatan perubatan yang baik apabila diperlukan,” katanya.
Ruang makan berlatar belakang pemandangan indah Bandar Sunway.
Memperluaskan jangkauan ke dalam industri kehidupan warga emas bukanlah satu lonjakan besar untuk Sunway Healthcare atau Sunway Group, kerana mereka mempunyai pengalaman dalam penjagaan kesihatan, hospitaliti, rekreasi dan hartanah.
“Ia selaras dengan visi Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah AO untuk menjaga komuniti daripada bayi hingga usia tua, dan oleh itu, Sunway Sanctuary secara tidak langsung merealisasikan visi berkenaan.
“Kami mempunyai kelebihan untuk memanfaatkan semua kepakaran dalam bidang berkenaan bagi menyediakan gaya hidup serta perkhidmatan yang diperlukan oleh warga emas,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Sunway Sanctuary, Leonard Theng berkata, salah satu ciri menarik Sunway Sanctuary ialah lokasi yang strategik dalam bandar bersepadu di mana pelbagai perkhidmatan dan kemudahan tersedia dalam jarak berjalan kaki.
“Tarikan utama dalam nilai jualan Sunway Sanctuary ialah kami berupaya memberi jaminan dari segi ketenangan fikiran kepada para penduduk dan ahli keluarga mereka dengan mengetahui bahawa kehidupan di usia emas akan diuruskan secara rapi.
“Sebagai sebahagian daripada organisasi Sunway Group, jenama ini dipercayai dan diyakini dalam pelbagai bidang termasuk penjagaan kesihatan, hospitaliti, rekreasi, peruncitan, hartanah dan pembinaan,” katanya.
Tidak ketinggalan juga, pengisian aktiviti menarik seperti bengkel latihan, lawatan dan keraian untuk memastikan penduduk proaktif mengambil bahagian sambil memupuk persahabatan baharu dengan rakan sebaya yang disenangi.
Unit premium suite di Sunway Sanctuary yang lapang dan selesa.
Theng berkata, perbezaan terbesar Sunway Sanctuary dengan kediaman warga emas lain ialah fasiliti unik dan mewah itu dihubungkan dengan Pusat Perubatan Sunway dan diuruskan oleh Sunway Healthcare Group.
Ini menurutnya, membuatkan penduduk dan ahli keluarga mereka berasa tenang apabila mengetahui bahawa organisasi dengan pengalaman penjagaan kesihatan selama 24 tahun itu menjadi tulang belakang kepada warga emas yang mendiami tempat tersebut.
Selain itu, residen juga akan mendapat akses kepada pelbagai jenis rawatan perubatan, kemudahan bertaraf dunia dan pasukan profesional yang berpengalaman.
Lebih-lebih lagi, Sunway Sanctuary adalah lambang eksklusiviti dan pengalaman gaya hidup aktif yang dipertingkatkan dengan perkhidmatan peribadi di tahap tertinggi, ditambah aktiviti sesuai untuk memenuhi cita rasa penduduk.
Tambahnya lagi, Sunway Sanctuary memiliki lapan jenis unit dari studio hinggalah unit dua bilik bersaiz 372 hingga 1,082 meter persegi. Keperluan residensi di Sunway Sanctuary termasuk kelayakan status ‘fit-to-stay’ menerusi penilaian kesihatan dengan syarat berumur 55 tahun ke atas.
“Untuk pengetahuan bersama, Sunway Sanctuary yang dilancarkan oleh Sunway Healthcare Group beroperasi di bawah lesen hotel.
Dekorasi kontemporari menyuntik cita rasa moden dan mewah kepada konsep residensi Sunway Sanctuary.
“Kediaman persaraan aktif itu menempatkan perkhidmatan penting seperti concierge, dobi, kemas rumah secara mingguan percuma, pelbagai jenis tawaran makanan dan minuman, aktiviti, dan program kesihatan untuk memenuhi keperluan warga emas,” katanya.
Dalam hal ini, pasti ramai tertanya-tanya adakah Sunway Sanctuary terbuka untuk penginapan tempoh singkat.
Menjelaskan perkara itu, Theng menjelaskan, Sunway Sanctuary menyediakan ‘pengalaman penginapan’ untuk warga emas yang mempertimbangkan pilihan hidup persaraan aktif dalam perbandaran bersepadu seperti Sunway City.
“Ia juga terbuka kepada individu yang memerlukan penginapan singkat untuk meyakinkan mereka tentang pilihan hari tua kelak,” katanya.
Penginapan jangka pendek boleh ditempah oleh penduduk tempatan mahupun rakyat asing, dengan penekanan bertumpu kepada kehidupan bersama sokongan agar setiap residen dapat menikmati gaya hidup yang aktif lagi berkualiti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunwaysanctuary.com.my atau hubungi 019-3130061. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram