Nad Zainal sah isteri Ungku Ismail


  • Hiburan
  • Ahad, 29 Jan 2023

Nad bersama Ungku Ismail mengesahkan mereka sebagai pasangan suami isteri.

PELAKON Nad Zainal kembali menggalas tanggungjawab sebagai isteri setelah sah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Ungku Ismail.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 33, memaklumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram dengan kenyataan; "Alhamdulillah."

Pelakon filem Kami Histeria itu turut berkongsikan gambar dirinya bersama Ungku Ismail di hadapan masjid dan memperlihatkan Ungku Ismail mengecup dahi bersama mas kahwin bernilai RM1,000.

WhatsApp Image 2023-01-29 at 18.41.34

Nad menerima mas kahwin bernilai RM1,000 daripada Ungku Ismail.

Terdahulu, kedua-duanya memuat naik video pendek yang menunjukkan pasangan lelaki dan wanita dipercayai mereka berjalan masuk ke perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan meletakkan emoji hati dan tarikh 23 Januari 2023 bersamaan 1 Rejab 1444H.

Difahamkan tarikh tersebut merupakan majlis perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Nad sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7,dan Budi Kalsom, 2, sebelum berpisah pada September 2022.

Khabar angin tentang hubungan cinta antara Nad dan Ungku Ismail mula hangat diperkatakan pada penghujung tahun lalu apabila pelakon itu banyak berkongsikan perkembangan keadaan kesihatan Nad ketika dia sedang mendapatkan rawatan akibat mengalami pendarahan paru-paru. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram