Sila ambil tahu, rasa badan tidak seimbang tanda gangguan organ vestibular


  • Sihat
  • Isnin, 23 Jan 2023

Amalan gaya hidup seimbang antara kesihatan fizikal dan mental dapat membantu untuk mengurangkan gangguan vestibular.

TANDA-TANDA seperti pening kepala, vertigo, ketidak seimbangan, gangguan penglihatan, masalah pendengaran, perubahan kognitif dan psikologi merupakan simptom bagi gangguan vestibular.

Apakah itu gangguan vestibular?

Vestibular merupakan sistem terdiri daripada bahagian telinga dalam dan otak yang memproses maklumat daripada deria termasuk berperanan sebagai mengawal keseimbangan tubuh badan dan pergerakan mata.

Bahagian ini mengalami kerosakan atau penyakit maka gangguan vestibular akan berlaku.

Dalam pada itu, faktor genetik dan persekitaran juga menyebabkan masalah ini menjadi lebih kronik.

Sedikit fakta, organ vestibular dan keseimbangan pada telinga dalam terdiri daripada salur separuh bulat dan organ otolith iaitu saccule dan utricle.

Fungsinya menghantar isyarat yang mengesan pergerakan badan ke otak melalu saraf-saraf, manakala otak akan menghantar isyarat tindak balas pergerakan tersebut kepada otot badan dan mata.

Sekiranya organ tersebut mengalami masalah, itu akan menyebabkan berlakunya vertigo.

ezgif-3-c82792a4dd

Penyebab

Gangguan vestibular terjadi disebabkan jangkitan virus atau kuman dalam telinga akibat kecederaan kepala.

Terdapat juga gangguan pada peredaran darah yang menjejaskan bekalan darah ke telinga dalam atau otak.

Individu sudah berusia antara 40 hingga 50 tahun dan ke atas sering berhadapan dengan situasi ini.

Pengambilan ubat tertentu seperti tahan sakit juga antara yang dipercayai mampu mengakibatkan gangguan vestibular.

Dapatkan rawatan

Beberapa proses atau ujian kesihatan akan dilakukan bagi mengenalpasti tahap gangguan vestibular pesakit.

Antaranya seperti ujian elektronistagmografi, ujian pusingan, ujian pancaran otoakustik dan pengimejan.

Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit berdasarkan simptom, sejarah perubatan, kesihatan umum, pemeriksaan fizikal dan ujian diagnostik.

Antara rawatannya seperti terapi rehabilitasi vestibular, senaman di rumah, pengubahsuaian diet, ubat atau pembedahan.

business-people-using-laptop-car_53876-12176

Pencegahan

Elakkan menaiki pesawat sekiranya sinus dan telinga terkena jangkitan atau tersumbat.

Sebaiknya tidak membaca dan bekerja menggunakan komputer riba semasa berada dalam keadaan bergerak.

Membawa cermin mata hitam atau topi kerana gangguan vestibular boleh menyebabkan anda sangat sensitif pada cahaya.

Elak melakukan pergerakan dengan pantas seperti keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa.

Jauhi diri daripada terdedah kepada muzik yang kuat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram