Menggaru tanpa henti tanda jangkitan kudis buta, ambil tahu apa yang anda perlu dilakukan 


  • Sihat
  • Sabtu, 21 Jan 2023

Persekitaran kawasan ruang tamu dan bilik tidur yang bersih dapat mengelakkan daripada kehadiran kutu atau hama sekali gus bebas daripada jangkitan kudis buta.

MENGGARU tanpa henti sehingga menyebabkan kulit kemerahan disebabkan rasa gatal yang amat sangat. Situasi itu tentu sahaja menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh menjejaskan emosi.

Kesan menggaru atau calar kuku turut kelihatan atas permukaan kulit dan mengakibatkan bintik merah seperti ruam.

Pada peringkat awal, kudis buta mengambil masa sekitar enam minggu untuk mewujudkan simptom jangkitan bagi yang pertama kali.

Bagaimanapun pesakit yang pernah terjangkiti dengan kudis buta akan lebih cepat menunjukkan tindak balas terutama menggaru berterusan.

majoriti2023

Bahagian celah ketiak antara bahagian tubuh yang mudah dijangkiti kudis buta.

Kudis buta merupakan salah satu penyakit berjangkit dan boleh merebak menerusi sentuhan fizikal dengan pesakit. Perkongsian pakaian, tuala, perabot dan tempat tidur turut mampu menyebarkan penyakit tersebut.

Kegatalan akibat jangkitan kudis buta disebabkan gigitan kutu dipanggil Sarcoptes Scabies.

Sedikit fakta, Sarcoptes Scabies, memiliki badan bulat dan lapan kaki manakala saiznya sekitar 0.4 milimeter (mm) panjang.

Jangkitan kudis buta berpunca daripada kutu betina yang akan mengorek masuk ke dalam kulit, mengeluarkan telur dan mati. Telur yang dikeluarkan kemudian menetas dan menjadi kutu serta hidup selama 30 hari.

Tanda-tanda

The-burrowing-mite-Sarcoptes-scabiei-x1560

Rupa bentuk Sarcoptes Scabies yang dapat dilihat menggunakan mikroskop.

  • Kegatalan kulit yang amat sangat dan lebih teruk di waktu malam dan selepas mandi air panas.
  • Kesan calar daripada menggaru.
  • Bintik merah seperti ruam terutama di kawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
  • Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).
  • Bahagian yang dijangkiti.

Terdapat beberapa bahagian tubuh yang mudah terdedah dan menjadi tempat jangkitan antaranya;

  • Celah jari
  • Tapak tangan
  • Pergelangan tangan
  • Sekitar kemaluan
  • Punggung
  • Pusat
  • Celah ketiak
  • Siku
  • Kaki dan buku lali

skin-allergy-person-s-arm

Penggunaan krim atau losyen khas dapat merawat jangkitan kudis buta.

Cara rawatan

  • Untuk menghapuskan serangan kutu atau hama biasanya akan menggunakan krim atau losyen khas seperti permethrin dan ivermethrin. Jenis penggunaan krim perlu mendapat saranan daripada doktor.
  • Letakkan krim pada bahagian yang dijangkiti dan dibiarkan semalaman dan membilasnya esok pagi.
  • Rawatan mengambil masa sehingga tiga malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.

Pencegahan

  • Pakaian, cadar perlu dibasuh dengan air panas atau dikeringkan di bawah terik matahari.
  • Hindari berhubungan secara fizikal dengan individu yang dijangkiti seperti pakaian atau tilam.
  • Bersihkan kawasan persekitaran termasuk tempat tidur seperti sarung tilam, bantal dan tuala mandi.
  • Cuba kerapkan aktiviti pembersihan beberapa kawasan utama seperti ruang tamu dan bilik tidur dengan penyedut habuk vakum. Kemudian bersihkan beg vakum dan cuci vakum dengan menggunakan cecair peluntur dan air panas. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram