Populariti pencinta kulinari, barisan selebriti cef menghiasi kaca televisyen


  • Hiburan
  • Selasa, 03 Jan 2023

Wajah selebriti cef popular tempatan yang kerap muncul menghiasi kaca televisyen.

PROGRAM masakan antara rancangan kegemaran dan menjadi pilihan untuk bahan tontonan santai.

Di samping dapat mempelajari teknik resipi masakan baharu, program sebegini turut membuka dimensi berbeza terhadap penyediaan makanan.

Menimba maklumat tentang masakan, barisan cef yang menyediakan hidangan turut mempunyai gaya serta pengikut tersendiri.

Bukan sahaja mahir memasak, malah pesona dan pesonaliti cef turut menjadi ikutan perkembangan kerjaya mereka setaraf artis seperti pelakon atau penyanyi.

Selain nama popular seperti Cef Florence Tan, Datuk Cef Wan, Datuk Cef Ismail dan Datuk Cef Zam, berikut wajah ‘pucuk muda’ yang turut mendunia.

Cef Anis Nabilah

majoriti2022 (33)

Kehadiran Cef Anis Nabilah bukan baharu dalam industri. Dua dekat berkecimpung dalam industri masakan komersial, Anis juga pernah mendapat pengiktirafan anugerah bagi kategori Books by Celebrity Chef dan Best Food Show (Asia Tenggara) di The Gourmand Awards: World Cookbook Awards 2022 di Umea, Sweden.

Dia juga pernah terpilih antara 80 cef selebriti paling berpengaruh dalam kempen Restaurant Australia anjuran Tourism Australia 2014. Pada 2015, Anis turut terlibat dalam kempen 50 Restoran Terbaik Asia 2015 oleh Singapore Tourism Board.

Anis sebelum ini pernah muncul menerusi rancangan Icip-Icip, Selera, Sesedap Rasa, 1,2 Bakar dan Eating Wild.

Cef Sherson Lian

majoriti2022 (36)

Terkenal dengan program 5 Rencah 5 Rasa, Cef Sherson Lian difahamkan memulakan kerjaya masakan daripada menguruskan kedai makan, Paradise Cafe, Faber Towers, Jalan Klang Lama milik keluarganya.

Anak sulung daripada empat adik beradik itu juga aktif sebagai hos rancangan masakan antaranya Kitchen With Sherson Lian, Great Dinners of The World, Really Bites: Rise Above With Style dan Amazing Food Challenge.

Cef Ili Sulaiman

majoriti2022 (35)

Cef Ili Sulaiman atau nama sebenarnya, Khalisah Sulaiman dikatakan mula berkecimpung sebagai cef selebriti dengan memulakan perniagaan penyediaan makanan dalam talian, Dish by Ili pada 2014. Seterusnya dia muncul dengan program televisyen Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili dan terus mencipta nama.

Ili kemudian muncul dengan beberapa rancangan masakan seperti Home Cooked: Malaysia, Family Feast with Ili dan Belanga Kacukan.

Cef Adu Amran

majoriti2022 (34)

Nama Cef Adu Amran mula meniti dibibir sejak muncul dalam prorgram masakan realiti MasterChef Malaysia sekitar 2012 sebagai juri. Sejak itu, Cef Adu semakin diminati sehinggakan dia kini memiliki sekitar 124,000 pengikut di Instagram.

Cef Adu juga pernah memiliki sebuah restoran masakan Malaysia dengan gabungan sentuhan barat (fusion cuisine) di London, Britian. Namun, dikatakan sebelum 2011 Cef Adu sudah menjual restoran tersebut.

Cef Naem Ramli

majoriti2022 (37)

Cef Naem antara personaliti yang kerap muncul di kaca televisyen. Mula serius dengan bidang masakan ketika mengikuti pengajian Diploma Seni Kulinari di Universiti Sunway di Subang Jaya, Selangor, sebelum menyertai rancangan televisyen, Hero Oven.

Berjaya bergelar juara pada 2016, dia kemudian memilih untuk serius dengan kerjaya di hadapan televisyen sebagai cef selebriti.

Cef Naem pernah muncul dalam beberapa program televisyen antaranya Dapur Bujang dan Dapur Panas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram