Bosan duduk di rumah? Berikut 5 hobi boleh bantu ceriakan 'house wife'


  • Hobi
  • Jumaat, 20 Jan 2023

Individu dengan memiliki kemahiran menjahit antara yang dapat menjana pendapatan lebih terutama ketika sambutan perayaan. — Gambar hiasan

BIARPUN tidak berkhidmat di mana-mana organisasi, namun wanita yang bergelar suri rumah tetap perlu memerah tenaga dan masa demi memelihara institusi kekeluarga dengan baik.

Setelah selesai melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga, golongan suri rumah tangga turut melakukan beberapa rutin lain seperti mengemas rumah, memasak, membersihkan pakaian dan sebagainya.

Dalam pada melakukan segala kewajipan, suri rumah juga memerlukan masa untuk diri sendiri atau 'me time' bagi mengurangkan tekanan mahupun menghilangkan rasa bosan di rumah.

Jika wujud perasaan begitu, apa kata cari aktiviti atau hobi bagi mengisi masa lapang dan memberikan keseronokan.

Tidak kira apa sahaja hobi yang dipilih, perkara itu boleh dilakukan mengikut kesesuaian waktu dan keselesaan diri.

Justeru berikut Majoriti senaraikan antara lima hobi yang boleh dilakukan buat suri rumah:

Kraftangan

Close-up shot of talented woman sitting at desk and giving final touches on creative decor item

Terokai sisi artistik anda dengan mempelajari cara melukis, menghasilkan kraf, barangan perhiasan, lilin atau origami.

Cara ini bukan sahaja dapat menjadikan seseorang lebih idealistik, tetapi turut boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan.

Menulis jurnal atau blog

ezgif-1-583af62591

Zaman teknologi membuatkan kita lebih tertarik kepada perkembangan dunia semasa dengan hanya menggunakan telefon pintar. Mudah dan menjimatkan masa, segala berita boleh disampaikan dengan lebih cepat walaupun di mana sahaja.

Oleh itu boleh kongsikan pengalaman atau pengetahuan dengan kenalan alam maya menerusi penulisan blog. Pelbagai perkara boleh dikongsikan sama ada rutin harian, tempat percutian menarik, kafe tumpuan ramai atau pandangan terhadap filem selain muzik.

Sekiranya ingin lebih konvensional, boleh mula menulis di dalam buku catatan harian. Sebaiknya jangan terlalu kongsikan kisah peribadi secara berlebihan di media sosial agar mengelakkan salah faham atau mengundang kecaman.

Menjahit

Sewing keeps my mind relaxed. Cropped shot of female tailor working on new project, making clothes with sewing machine in workshop, being busy. Young designer making her ideas come true.

Aktiviti menjahit antara salah satu perkara yang boleh dilakukan pada masa lapang. Kemahiran menjahit juga antara yang mendapat perhatian khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bahkan boleh dikatakan sesiapa individu yang memiliki kelebihan itu dipandang kreatif dan memiliki peluang cerah untuk menjana lebih pendapatan sampingan.

Membuat kek

ezgif-1-5e9f23dec7

Bagi yang menggemari aktiviti memasak, apa kata beralih ke membuat kek pula. Melihat kepada peluang yang ada di media sosial, peniaga kek antara yang dicari hampir setiap hari kerana pelanggan ingin meraikan sambutan hari jadi.

Selain itu, sambutan perayaan mahupun hari bahagia seperti pertunangan dan perkahwinan turut memerlukan perkhidmatan pembuat kek sebagai hidangan manisan atau hadiah.

Tidak salah ambil masa perlahan-lahan untuk belajar. Beri peluang kepada diri sendiri dan jangan mudah kecewa atau tertekan sekiranya berdepan dengan kegagalan seperti kek hangus, bantat, tidak sekata naik, merekah atau tidak cukup kering.

Menanam pokok

woman-gardening-with-garden-throwel

Aktiviti menanam pokok antara salah satu perkara yang boleh dilakukan di rumah. Pilih tumbuhan bersaiz kecil sebagai permulaan.

Belajar atau membuat kajian terhadap jenis tanaman, tanah dan penjagaan terhadap sesuatu tumbuhan agar tidak kecewa di kemudian hari.

Setiap pokok memerlukan keperluan cahaya, air dan jenis tanah yang sesuai agar dapat tumbuh dengan baik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram