Mohon berhati-hati, gangguan swimmer’s ear boleh burukkan tahap pendengaran


  • Sihat
  • Khamis, 19 Jan 2023

Segera mendapatkan rawatan di hospital jika mengalami masalah pendengaran selain berasa tak selesa pada telinga. — Gambar hiasan

SWIMMER'S ear atau otitis eksterna adalah jangkitan yang terjadi pada saluran telinga bahagian luar yang menyambungkan dari gendang telinga ke bahagian luar.

Keadaan ini sering terjadi kerana sisa air di telinga yang mengakibatkan terbentuknya kelembapan dan menyebabkan pertumbuhan bakteria.

Selain itu, mengorek telinga dengan jari atau putik kapas dapat menyebabkan otitis eksterna karena menyebabkan lapisan kulit menipis yang melitupi saluran telinga.

Telinga berair dikaitkan dengan jangkitan atau lelehan yang normal mungkin terdiri daripada tahi telinga atau air. Tahi telinga berwarna perang muda, perang, perang tua atau jingga.

Malah, telinga berair juga disebabkan jangkitan atau nanah melalui gegendang telinga yang pecah mahupun berlubang. Kerap berlaku kepada perenang dengan gejala kegatalan, kemerahan dan kelembapan saluran telinga.

Biasanya, pesakit akan mengadu kurang pendengaran dan kesakitan sekiranya berlaku jangkitan pada telinga luar (cuping telinga dan saluran telinga).

Tidak hanya itu, penggunaan fon telinga, fon kepala atau alat bantu dengar yang dapat memicu kecederaan ringan pada kulit termasuk sekiranya mendengar muzik dengan kuat.

ezgif-1-b6410022a5

Penggunaan fon telinga terlalu kerap sambil mendengar muzik kuat antara salah satu punca menjejaskan pendengaran.

Senarai jangkitan:

  • Otitis externa (telinga luar dan cuping telinga)
  • Otitis media (rongga telinga tengah)
  • Mastoiditis (rongga-rongga mastoid)
  • Kecederaan daripada hentakan pada kepala, objek asing, bunyi yang terlalu bising, atau perubahan tekanan yang mengejut seperti dalam kapal terbang, mengakibatkan gegendang telinga pecah atau berlubang
  • Eczema dan lain-lain radang kulit pada saluran telinga boleh menyebabkan pendarahan
  • Cholesteatoma
  • Ketumbuhan

Tanda dan gejala

ezgif-1-f78c46b18e

Keadaan perubahan tekanan yang mengejut seperti dalam kapal terbang turut memberi kesan.

  • Terasa gatal pada saluran telinga
  • Muncul kemerahan pada bagian dalam telinga
  • Rasa tidak nyaman atau benjolan kecil di depan telinga
  • Cairan berwarna kekuningan dan tidak berbau
  • Perasaan penuh di dalam telinga atau tersumbat
  • Penurunan kemampuan mendengar
  • Rasa nyeri parah yang dapat menyebar ke area wajah, leher, dan sisi kepala

Perubatan

Doktor akan memberikan ubat penghilang rasa sakit. Ubat ini mengurangkan rasa tidak selesa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram