PEREDARAN masa dengan perkembangan teknologi masih belum cukup untuk melenyapkan amalan ilmu hitam.
Kepercayaan yang sudah wujud sejak ribuan tahun lalu itu masih berlegar-legar dalam kalangan masyarakat biarpun sudah mengetahui perkara tersebut bertentangan dengan agama Islam.
Segalanya berpunca daripada sifat dengki, cemburu dan dendam yang mendorong si pelaku sanggup membuat perjanjian dengan iblis.
Pelbagai perkara aneh yang dialami termasuk terkena penyakit ‘misteri’ sehinggakan sukar untuk merawat meskipun sudah menggunakan peralatan perubatan canggih.
Golongan selebiriti tidak terkecuali menjadi mangsa keadaan dan perbuatan khianat.
Berikut Majoriti menyenaraikan selebriti popular tempatan yang pernah terkait dengan penyakit ‘misteri’ sehingga menjejaskan kehidupan harian masing-masing sebelum ini:
Pasangan Aliff Aziz dan Bella Astillah
Mengalami mimpi ular dan lembaga hitam antara yang dialami oleh penyanyi, Bella Astillah selepas dikatakan terkena sihir pemisah dengan suaminya, Aliff Aziz tidak lama dahulu.
Pasangan itu turut mengakui wujud merasai perubahan dalam diri masing-masing sebelum berusaha untuk merawat gangguan berkenaan.
Pada masa sama, rumah tangga pasangan itu sekali lagi diuji apabila tersebar kononnya video mengatakan Aliff berhibur di kelab malam dan bermesra dengan pelakon Sophia AlBarakbah baru-baru ini.
Bagaimanapun, segalanya didakwa fitnah kepada rumah tangga pasangan terbabit.
Datuk Aaron Aziz
Pelakon terkenal Singapura, Datuk Aaron Aziz turut dikatakan terkena penyakit misteri sekitar 2017.
Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk bercuti buat seketika dan memberi tumpuan kepada diri sendiri.
Dia bagaimanapun enggan mengaitkan perkara tersebut dengan perbuatan sihir, namun atas nasihat individu berpengalaman, aktor terbabit memilih untuk merawat diri dengan menggunakan ayat al-Quran.
Sheila Amzah
Sekitar Disember 2022, penyanyi Sheila Amzah berkongsi tentang pengalaman dia mengalami penyakit misteri.
Disebabkan perkara itu, dia mengambil keputusan untuk jarang keluar rumah.
Malah, Shila juga berusaha untuk mendapatkan rawatan moden dan tradisional bagi mengubati penyakit misteri yang dihadapinya itu.
Cico Harahap
Pelakon filem Gila Bola, Dollah Superstar dan Cinta Fotokopi, Cico Harahap dikatakan terkena penyakit misteri sekitar Disember 2016.
Difahamkan, oleh kerana penyakit tersebut dia tidak boleh bercakap dan membaca sehingga menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon.
Fendy Bakry
Kisah mengenai pelakon drama Mr Grey, Fendy Bakry yang berhadapan dengan penyakit misteri sekitar 2018 masih hangat diperkatakan.
Disebabkan penyakit misteri itu, dia mendapatkan rawatan perubatan secara Islam di kampung halamannya di Perlis.
Dia memaklumkan pernah mendapat rawatan di hospital pakar, namun keadaan masih sama.
Ketika berhadapan dengan perkara itu, dia merasakan nyawanya bagaikan 50-50 antara hidup dan mati. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram