Barbie, The Marvels antara deretan filem 'panas' ditunggu 2023


  • Hiburan
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Penonton tidak sabar menantikan variasi pilihan filem antarabangsa yang akan menjengah ke pawagam.

PENUTUPAN pawagan disebabkan penularan virus Covid-19 secara tidak langsung memberi kesan kepada industri tayangan filem layar perak. Meskipun ada yang cuba melakukan anjakan kepada kaedah penstriman, namun itu masih belum cukup untuk memberi kepuasan kepada penonton.

Perasaan berbeza apabila berpeluang untuk menonton di layar lebar sambil menikmati bertih jagung dengan kehebatan bunyi audio yang memukau.

Meskipun sebilangan besar pawagam tempatan sudah menjalankan operasi seperti biasa, tetapi masih ada pihak yang menantikan waktu terbaik untuk kembali semula dan menonton filem kegemaran mereka.

Oleh itu, Majoriti senaraikan variasi pilihan filem antarabangsa yang paling dinantikan menjelang 2023.

Filem: Creed III

majoriti2022 (16)

Lakonan dan arahan oleh Michael B. Jordan sendiri, filem ini merupakan karya sulung yang mengangkat dia sebagai sutradara. Menceritakan tentang perjalanan hidup seorang peninju yang berusaha keras mempertahankan kerjayanya. Selain B. Jordan, filem ini turut dibintangi oleh Tessa Thompson, Jonathan Majors dan Phylicia Rashad selain dijadualkan memulakan tayangan di Amerika Syarikat pada Mac.

Filem: Fast X

majoriti2022 (15)

Aktiviti perlumbaan kereta jalanan sering mengingatkan masyarakat kepada filem Fast and Furios. Memberi impak besar kepada penonton, naskhah kegilaan ramai ini sekali lagi akan menemui penonton menerusi sekuel terbaru, Fast X (Fast and Furios 10).

Pastinya penonton tidak sabar menantikan plot penceritaan yang mendebarkan dan mampu membuatkan adrenalin penonton bergerak kencang. Dijangka menemui penonton pada Mei manakala barisan nama seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Sung Kang, Ludacris dan Nathalie Emmanuel antara membintangi naskhah ini.

Filem: Transformers: Rise of The Beasts

majoriti2022 (10)

Difahamkan dalam episod baharu ini, franchise Transformers membawa penonton kembali ke masa lampau di mana ketika Bumblebee mula dihidupkan sekitar 1980-an. Penonton kemudian dibawa merentasi masa pada 1990-an apabila sepasang ahli arkeologi berhadapan dengan konflik antara tiga puak Transformers. Ingin tahu bagaimana kesudahannya, penonton perlu tunggu sehingga tarikh tayangan yang dijadual sekitar Jun. Ron Perlman, Anthoney Ramos, Peter Cullen, Dominique Fishback dan Luna Lauren Velez antara pelakon filem ini.

Filem: Mission Impossible - Dead Reckoning, Part One

majoriti2022 (13)

Dijadualkan menemui penonton pada Julai, penantian peminat filem Mission Impossible bakal berakhir apabila Mission Impossible - Dead Reckoning, Part One (M:I 7) akan ditayangkan dipawagam manakala M:I 8 pada 2024. Aktor Tom Cruise terus membawa peranan sebagai Ethan Hunt yang kini hampir menjangkau 27 tahun. Selain Cruise, filem ini turut dibintangi oleh Rebecca Ferguson, Simon Pegg, Ving Rhames, Vanessa Kirby, Henry Czerny, Hayley Atwell, Pom Klementieff, Shea Whingham dan Esai Morales.

Filem: The Marvels

majoriti2022 (12)

Francais adiwira, Marvels meneruskan legasi mereka dengan kemunculan The Marvels yang akan menemui penonton pada Julai. Filem sekuel Captain Marvel turut menampilkan Nia DaCosta sebagai pengarah manakala barisan Brie Larson, Teyonah Parris, Iman Vellani, Semael L. Jackson akan membintangi filem ini. Dalam pada itu, penonton juga berpeluang untuk melihat kemunculan sulung Kamala Khan (Iman Vellani) sebagai Miss Marvels.

Filem: Scream VI

majoriti2022 (14)

Selepas filem Scream 2022, peminat filem seram itu tidak sabar untuk menantikan jawapan yang ditinggakan dalam naskhah tersebut dalam Scream VI pada Mac. Hayden Panettiere juga kembali untuk memainkan semula wataknya sebagai Kirby Reed daripada Scream 4, tetapi penonton tidak akan melihat Neve Campbell, yang memutuskan untuk tidak kembali selepas ditawarkan bayaran kurang daripada apa dirasakan layak untuk filem itu.

Filem: Barbie

majoriti2022 (17)

Selepas kejayaannya mengarahkan filem Little Women, pengarah Greta Gerwig kembali dengan naskhah baharu bertajuk Barbie. Menampilkan aktres hebat, Margot Robbie sebagai teraju utama, filem tersebut mengisahkan Barbie meneruskan kehidupannya sebagai manusia setelah dibuang daripada Barbieland. Menarik mengenai filem ini, Selain Robbie, Emma Mackey yang memiliki rupa paras seiras Robbie turut membintangi Barbie termasuk, Ryan Gosling, Simu Liu, Michael Cera dan Kate McKinnon.

Filem: John Wick: Chapter 4

majoriti2022 (11)

Francais aksi blockbuster Chad Stahelski dan Keanu Reeves akhirnya sampai ke pawagam pada 2023 selepas penangguhan dua tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19. Wujud spekulasi yang mengatakan filem ini akan menjadi pengakhiran watak Keanu Reeves sebagai John Wick. Selain aktor tersebut, Laurence Fishburne, Lance Reddick, Ian McShane, Donnie Yen, Bill Skarsgard dan Hiroyuki Sanada. Filem ini dijadualkan ditayangkan pada Mac. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram