Dah anak 3 pun kekal 'steady', Alif Satar kongsi teknik untuk mulakan gaya hidup sihat


  • Sihat
  • Sabtu, 14 Jan 2023

Alif Satar menasihatkan agar berikan masa sekitar 30 minit kepada individu yang baru hendak mula menjalani kehidupan secara sihat.

MENJALANI kehidupan sihat penting untuk penjagaan kesihatan jangka masa panjang. Selain penjagaan makanan, amalan aktiviti fizikal turut memainkan peranan utama.

Oleh itu, individu dinasihatkan untuk melakukan aktiviti fizikal dan amalan makanan sihat termasuk jauhi rokok serta penyalahgunaan dadah.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjalani kehidupan sihat dan salah satunya kaedah diamalkan oleh penyanyi serta pelakon popular Alif Satar.

Menerusi perkongsian bapa tiga cahaya itu, dia memilih untuk meletakkan masa sebagai ukuran atau sasaran untuk melakukan larian.

majoriti2023 (3)

Alif Satar aktif melakukan aktiviti sukan seperti joging dan berbasikal.

Katanya, tidak perlu meletakkan sasaran terlalu tinggi kerana bimbang apa yang diharapkan berdepan kegagalan. Sebaliknya nikmati tempoh proses perubahan secara perlahan-lahan bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

“Sekiranya ingin mula menjalani gaya hidup sihat atau ingin memulakan larian, jangan bangun sahaja daripada tidur meletakkan sasaran besar seperti ingin berlari sejauh 5 kilometer (km).

“Tidak perlu buat begitu kerana saya sendiri tidak melakukan perkara sama. Apa yang diperlukan ialah menetapkan masa larian seperti 30 minit sehari,” terangnya.

Setelah menetapkan tempoh masa, mula berikan tumpuan kepada jarak larian. Sebagai contoh sekiranya minggu pertama larian lama 30 minit mampu mencecah jarak 1km, kemudian lakukan larian dengan tempoh masa serupa pada minggu kedua.

majoriti2023

Alif berkongsi tip kesihatan mengenai cara untuk memulakan aktiviti fizikal bagi pemula.

Perubahan jarak akan berlaku secara perlahan-lahan meskipun masa yang ditetapkan masih kekal 30 minit.

“Bila sudah meletakkan sasaran masa, jadi lakukan larian dalam tempoh ditetapkan. Minggu pertama 30 minit kemudian minggu 30 minit boleh berlari sejauh 2km, kemudian 30 minit lagi 3km.

“Inilah yang dikatakan enjoy the process (nikmati proses perubahan). Dalam masa tiga bulan boleh lari 4km, setahun 30 minit boleh lari 6km,” ujar pelantun lagu I Want You To Love Me.

Nasihatnya, tumpuan utama yang perlu diberikan perubahan badan yang semakin lama semakin pantas berlari. Tidak perlu meletakkan jarak sasaran jarak dalam angka yang besar. Sebaliknya berikan masa kepada tubuh badan untuk menikmati tempoh proses perubahan secara perlahan-lahan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram