Persenda agama 'ajak masuk neraka' boleh rosakkan akidah, dikhuatiri jatuh murtad


  • Mukmin
  • Rabu, 21 Dis 2022

Gurauan melibatkan agama seharusnya dielakkan kerana bimbang akan menyebabkan fitnah selain mampu memesongkan akidah.

PERBUATAN mempersendakan agama antara ciri-ciri orang jahil dan tidak serius melihat azab ALLAH SWT terhadap mereka yang melakukan kemungkaran.

Seharusnya semakin tinggi ilmu seseorang, maka dia akan menjadi semakin takut dengan azab ALLAH SWT. Ini kerana ilmu yang dimiliki akan menyakitkan seseorang kepada kebenaran janji TUHAN dan Rasul tentang hari akhirat termasuk nikmat syurga dan azab neraka.

“(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka jahanam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayat Ku dan Rasul-Rasul Ku sebagai ejek-ejekan.” (al-Quran surah Al Kahf: ayat 106).

stubble-burning

Menurut Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, mereka yang mempersendakan agama ALLAH akan dihumban ke dalam neraka jahanam seperti difahami daripada beberapa ayat al-Quran.

“Hanya orang jahil yang berani mempersendakan agama mampu melakukan perkara sedemikian. Seharusnya semakin tinggi ilmu seseorang, maka dia akan menjadi semakin takut terhadap azab TUHAN,” katanya kepada Majoriti.

Pada masa sama, Wan Salim turut mengadakan tidak semua perkara boleh dijadikan sebagai bahan gurauan, terutama perkara melibatkan berkaitan agama.

still life photography with human skull on darkness background

“Perkara berkaitan aspek akidah seperti kepercayaan kepada rukun-rukun iman, mesti dianggap serius oleh setiap individu yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim.

“Oleh itu sesiapa yang memperolok-olok akidah dikhuatiri akan merosakkan imannya dan jatuh murtad.

“Kita menasihatkan mana-mana individu yang telah melakukan kesalahan sedemikian sama ada secara sedar atau tidak supaya cepat bertaubat nasuha dan berjanji dengan dirinya supaya tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut,” jelasnya.

majoriti2022 (24)

Wan Salim memberi reaksi demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad yang memuat naik video ‘mengajak’ kawan baiknya, Bella Dally untuk masuk neraka baru-baru ini.

Meskipun kenyataan tersebut bukan kenyataan asli daripada juara Muslimah Asia 2018 kerana dia sekadar melakukan gerak bibir (lip sync) dan mengikut trend TikTok, namun perbuatan itu mengundang rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat beragama Islam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram