Kelopak mata berkedip petanda nasib malang atau berpenyakit? Berikut ada penjelasannya


  • Sihat
  • Isnin, 09 Jan 2023

Keletihan antara salah satu perkara yang dikaitkan dengan punca mata berkedip sebelah. — Gambar hiasan/Agensi

SECARA sedar atau tidak, pernahkah kita mengalami keadaan mata berkedip secara tiba-tiba. Sama ada sebelah kiri atau sebelah kanan perkara itu berlaku dengan sendirinya?

Perkara ini berlaku secara tidak dikawal dan mampu menjejaskan emosi kerana berasa cukup terganggu.

Apabila melihat ke arah cermin, tidak pula melihat sebarang pergerakan pada kelopak mata. Namun, berdasarkan penglihatan, kelopak mata akan kelihatan bergerak-gerak.

Waist-up shot of tired male freelancer taking of glasses as working long near computer on gig economy project rubbing eye and frowning being exhausted standing drained and upset over grey wall. Body language and feelings concept

Malah terdapat kepercayaan yang mengatakan seseorang akan bernasib baik jika kelopak mata kanan berkedip manakala kiri pula membawa musibah.

Sebaiknya jangan terlalu percaya akan perkara itu kerana dikhuatiri menjurus ke arah kepercayaan karut.

Berdasarkan kesihatan, keadaan ini berkait rapat dengan fisiologi normal mata apabila kerdipan mata berlaku disebabkan gerakan otot dalam kelopak mata berjadi secara berulangan dan tidak terkawal.

Dipanggil miokimia iaitu gerakan otot secara tiba-tiba (spasma) yang kebiasaannya didominasi oleh kontraksi otot kelopak mata bawah dan berlaku hanya pada sebelah mata pada satu masa.

Perkara ini berlaku dengan pantas tanpa disedari dalam tempoh beberapa saat secara berulang.

Punca mata berkedip sebelah (kiri atau kanan)

Young beautiful woman using smart phone at night in bed

  • Keletihan atau stres
  • Pengambilan kafein atau alkohol berlebihan
  • Mata kering
  • Terdedah kepada cahaya terang atau berada di hadapan komputer mahupun peranti pintar terlalu lama
  • Terdedah kepada cuaca dan angin
  • Sakit kepala atau pening
  • Alahan

Cara mengatasi

Tired  woman feeling eye strain after long laptop use, sitting at home, freelancer suffering from dry eyes syndrome.

Elakkan pengambilan kafein berlebihan seperti mengehadkan pengambilan satu cawan kopi sehari.

Rehatkan mata secara semula jadi dengan cara melihat ke arah tumbuhan hijau atau pemandangan yang luas seperti tasik atau laut.

Minum air dengan banyak bagi mengelakkan mata kering atau letakkan pelembap mata jika perlu. Dapatkan waktu tidur yang cukup turut dapat membantu mengekalkan kelembapan mata.

Hadkan penggunaan gajet seperti telefon pintar, komputer, komputer riba atau tablet. Paling baik, elakkan daripada menggunakannya sebelum tidur ataupun jika perlu, gunakan mod tapisan cahaya biru.

Lakukan urutan mata untuk memberikan sedikit kelegaan. Ambil krim mata yang biasa digunakan dan urut pada keliling mata untuk merehatkan otot mata. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram