Adaptasi kisah nyata, 5 filem bikin ‘jiwa kacau’


  • Hiburan
  • Sabtu, 07 Jan 2023

Filem luar negara yang mampu memberikan kesan mendalam kepada penonton.

KISAH benar adalah salah satu tarikan untuk menarik minat penonton kepada karya seseorang. Tidak kira sama ada biografi atau kejadian yang berlaku ke atas mangsa.

Cerita begini turut dapat membantu persoalan yang sering gentayangan di fikiran terutama mengenai pengakhiran atau nasib individu yang menjadi subjek penceritaan.

Namun, kebanyakan kisah nyata yang diambil mempunyai kejadian tragis dan mengerikan. Ada juga yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sehingga mampu mengganggu kesihatan mental.

Bagaimanapun, apa yang berlaku harap dijadikan iktibar dan pedoman untuk setiap penonton.

Justeru Majoriti senaraikan filem ‘brutal’ yang diadatasi daripada kisah benar.

A Serbian Film

download

Filem ini dibuat berdasarkan isu kekejaman politik yang terjadi sewaktu perang Bosnia.

Mengisahkan tentang seorang bekas pelakon filem yang bergelut dengan masalah kewangan berusha untuk membantu keluarga dengan cara membintangi karya seni.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui bahawa filem tersebut tidak seperti yang diharapkan melainkan penderaan seksual dan keganasan.

Ditayangkan pada 2010, filem ini diharamkan di beberapa negara antaranya Filipina, Sepanyol, Australia, New Zealand, Norway dan Malaysia.

The Strangers

41R-uwYelpL

Ditayangkan pada 2008, filem The Strangers dipercayai karya adaptasi daripada dua kejadian jenayah iaitu pembunuhan keluarga Manson Tate dan pembunuhan kabin Keddie.

Namun, pengarahnya Bryan Bertino mengatakan jalan cerita filem tersebut merupakan pengalaman daripada kejadian rompakan yang berlaku di kawasan kejiranannya sewaktu kecil.

The Strangers menceritakan tentang serbuan yang dilakukan oleh tiga individu bertopeng aneh dan menyeramkan.

Mereka telah memecah masuk rumah pasangan yang jauh di kawasan pendalaman, mangsa diperlakukan dengan kejam dengan cara ditikam berkali-kali di dada dan perut.

Auschwitz

1tvkjOwDZ8IYhP2HdsGdT2XcR2z

Filem ini ditayangkan pada 2011 di Jerman. Mengangkat kisah nyata yang berlaku ke atas mangsa di Kem Tahanan Auschwitz ketika Perang Dunia Kedua.

Filem ini mempunyai banyak adegan kekejaman yang dapat menghantui penonton dan hanya mereka yang berhati kering sahaja mampu menonton filem ini sehingga adegan akhir.

Hostel

majoriti2023 (10)

Dikatakan pada awalnya filem yang ditayangkan pada 2005 di Amerika Syarikat ini ingin menghasilkan cerita mengenai kisah nyata kegiatan pembunuh upahan yang berlaku di Thailand.

Namun, disebabkan bimbang dirinya akan menjadi sasaran, plot penceritaan diubah, namun masih mengekalkan elemen keganasan.

Filem ini menceritakan tentang dua pelajar yang dibawa ke sebuah tempat selepas menerima ajakan seorang lelaki tidak dikenali.

Bermula daripada itu, pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan berlaku ke atas mangsa.

Wolf Creek

george-wetton-asset

Kisah ini diinspirasikan daripada kejadian mengerikan yang pernah berlaku ke atas pelancong Australia sekitar 1989 hingga 1993.

Diterbitkan pada 2005, filem ini mengisahkan tentang psikopat yang melakukan aksi pembunuhan bersiri ke atas tiga pelancong yang berkunjung ke Taman Negara Wolf Creek, Australia.

Disebabkan kenderaan yang mereka naiki rosak, seorang lelaki bernama Mick Taylor menawarkan pertolongan dan membawa mereka ke sebuah kem. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram