Suria FM dinobat Media Pelancongan Kreatif Terbaik 


  • Hiburan
  • Selasa, 20 Dis 2022

DJ Lin memegang trofi kemenangan Suria FM sebagai Media Pelancongan Kreatif Terbaik Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022.

JULUNG kalinya Suria FM mencatat sejarah apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah Media Pelancongan Kreatif Terbaik pada acara Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, beliau teruja dan meluahkan rasa syukur di atas pengiktirafan yang cukup bermakna buat Suria FM setelah 15 tahun dalam industri penyiaran radio.

“Kami di Suria FM ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Santai Travel dan beberapa rakan kerjasama lain seperti Islamic Tourism Centre, Tourism Malaysia, MiTDA kerana memilih Suria FM sebagai pemenang bagi anugerah berprestij pada kali ini,” katanya.

majoriti2022 (22)

Pengiktirafan tersebut akan menjadi batu loncatan buat Suria FM untuk membantu dan merancakkan sektor pelancongan tempatan.

“Suria FM akan menghasilkan video kreatif bagi mempromosikan industri pelancongan seperti makanan dan perhotelan,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden MATA, Datuk Mohd Khalid Harun memberitahu, penganugerahan tersebut sebagai aspirasi kepada kesungguhan bagi membantu pelancongan negara.

“Anugerah ini merupakan penanda aras untuk menuju kecemerlangan industri pelancongan tanah air.

“Lebih 60 penggiat industri pelancongan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Industri Pelancongan Malaysia 2022,” jelasnya.

Majlis penganugerahan tersebut diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram