Terlalu lama main gajet punca anak lembab belajar, ibu bapa patut laksana 5 langkah ini


  • Sihat
  • Khamis, 05 Jan 2023

Kanak-kanak ketagihan gajet bimbang akan menjejaskan proses pembelajaran dan pembentukkan sikap ageresif. — Gambar hiasan

PERKEMBANGAN teknologi membuatkan golongan kanak-kanak sentiasa berada di barisan hadapan terutama dalam soal penggunaan peranti dan peralatan digital. Jari jemari mereka bergerak pantas sehingga membuatkan orang dewasa sendiri kagum dengan pengetahuan mereka.

Pun begitu, kanak-kanak berusia lingkungan 1 hingga 5 tahun memerlukan pemantauan terutama dalam penggunaan gajet.

Menurut Pakar Psikologi Indonesia, Samanta Elsener, ibu bapa perlu memainkan peranan penting bagi mengawal waktu penggunaan peranti pintar itu agar tidak berlebihan.

majoriti2023 (5)

Jika tidak dikawal, impaknya kanak-kanak dikhuatiri mengalami kelewatan perkembangan fungsi kognitif (memahami dan mentafsir) terutama perkembangan bahasa dan pertuturan.

“ibu bapa perlu lebih bijak dalam mengatur penggunaan gajet ke atas anak-anak. Mulakan dengan perlahan-lahan seperti mengehadkan masa secara beransur-ansur.

“Ingat! Tiada istilah terlambat untuk segera mengubah amalan ini. Cuba luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak atau melakukan aktiviti interaktif dengan mereka,” jelasnya.

Berdasarkan penelitian, kanak-kanak berumur bawah lima tahun berdepan dengan risiko tinggi tidak mengira sama ada terhadap perkembangan minda atau sikap.

boy-home-laying-couch-using-digital-tablet

Berikut antara kemungkinan berlaku terhadap kanak-kanak yang fanatik terhadap gajet:

  • Kurang fokus
  • Masalah perilaku
  • Kelewatan pertuturan
  • Kualiti tidur terganggu
  • Gangguan pada fungsi otak
  • Kurang berinteraksi dengan ibu bapa

shoulder-view-child-holding-digital-tablet

Apa perlu buat

  • Ibu bapa perlu mengehadkan penggunaan gajet atau lebih baik tidak menggunakannya langsung
  • Usia 3 hingga 5 tahun sesuai untuk menonton tayangan yang mengetengahkan ciri-ciri komunikasi dua hala positif (contoh: Sesame Street atau Blue’s Clues)
  • Membaca buku bersama
  • Bermain permainan seperti monopoly, sahibba, uno atau sebagainya
  • Luangkan masa berbicara dan melakukan aktiviti fizikal seperti berbasikal, main layang-layang, menanam pokok atau bermain kasut roda — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram