BERITA mengenai seorang lelaki warga Korea Selatan meninggal dunia akibat ameba pemakan otak atau naegleria fowleri selepas pulang dari Thailand.
Berdasarkan laporan, individu berusia 50 tahun itu tinggal di Thailand selama empat bulan sebelum kembali ke negara asal.
Perkhabaran kematian itu menggemparkan dan menjadi heboh di seluruh dunia lebih-lebih lagi selepas virus Covid-19.
Namun apakah yang dimaksudkan dengan Naegleria fowleri?
Berikut ada penjelasannya mengenai virus tersebut;
Apa itu Naegleria?
Naegleria ialah ameba atau amoeba sel hidup bebas (sel organisma hidup tunggal).
Kebiasaannya ditemui dalam air tawar yang panas (seperti tasik, sungai, dan mata air panas) dan tanah.
Hanya ada satu spesies Naegleria yang menjangkiti manusia iaitu Naegleria fowleri.
Jangkitan ini antara yang berbahaya dan mampu membunuh mangsa dalam tempoh 1 hingga 18 hari jangkitan.
Dianggarkan 97 peratus kematian berlaku apabila hanya empat orang terselamat daripada 154 individu dijangkiti di Amerika Syarikat dari 1962 hingga 2021.
Bagaimanakah Naegleria fowleri menjangkiti?
Kandungan air yang mengandungi ameba masuk ke dalam melalui rongga hidung.
Kebiasaannya berlaku apabila orang berenang, menyelam atau meletakkan kepala di bawah air tawar seperti tasik atau sungai.
Ameba kemudian bergerak ke otak dan memusnahkan tisu otak dan menyebabkan jangkitan dahsyat dipanggil meningoencephalitis amebik primer (PAM) hingga mampu membawa maut.
Jangkitan Naegleria fowleri juga mungkin berlaku apabila menggunakan air paip yang tercemar untuk membersihkan hidung.
Jangkitan Naegleria fowleri turut boleh berlaku daripada air rekreasi yang tidak mempunyai klorin mencukupi seperti kolam, pad percikan atau taman luncur air.
Bagaimanapun jangkitan Naegleria fowleri tidak boleh berlaku dengan meminum air yang tercemar.
Habitat Naegleria fowleri
Naegleria fowleri hidup di air tawar yang hangat.
*organisma yang menyukai haba (termofilik).
*mampu hidup dalam keadaan suhu hingga mencecah 46°C, namun pakar tidak menolak ameba ini juga mampu untuk hidup dalam keadaan air pada suhu 26 °C
Ameba boleh didapati di:
- Air tawar yang panas, seperti tasik dan sungai
- Air geoterma (panas semula jadi), seperti mata air panas
- Pelepasan air suam daripada loji perindustrian atau janakuasa
- Sumber air minuman geoterma (panas semula jadi) yang tidak dirawat
- Kolam renang, pad percikan, taman luncur air atau tempat rekreasi lain yang tidak diselenggara dengan baik atau tidak mempunyai cukup klorin di dalamnya
- Air paip
- Pemanas air
- Tanah, termasuk sedimen di dasar tasik, kolam dan sungai
Naegleria fowleri tidak ditemui dalam air masin, seperti lautan, malahan ia jangkitannya tidak boleh disebarkan antara manusia.
Simptom
Tanda-tanda awal mula berlaku kira-kira sehari hingga 12 hari selepas jangkitan.
- Sakit kepala
- Demam
- Loya
- Muntah
- Kekejangan pada leher
- Kurang perhatian kepada orang dan persekitaran
- Sawan
- Halusinasi — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram