Ritma 2023, nuansa ungu dan floral dijangka monopoli industri fesyen


Pelbagai jangkaan corak, gaya dan penampilan yang akan mempengaruhi fesyen pada 2023.

MEMBUKA tirai tahun 2023, terlalu banyak perkara yang tidak sabar diperkatakan terutama penggemar fesyen.

Variasi trend tidak mengira sama ada corak, warna mahupun konsep rekaan mewarnai sepanjang tahun 2022.

Transisi fesyen sentiasa bergerak bagaikan roda dengan mengalami beberapa perubahan pada setiap tahun.

Pereka juga sentiasa tampil memberikan sentuhan berbeza yang segar sekali gus menjadi tarikan.

Justeru berikut antara jangkaan yang akan menjadi kegilaan fesyen pada 2023.

Busana rona ungu

majoriti2022 (19)

Pakaian berteraskan warna ungu agak menarik perhatian sejak kebelakangan ini. Oleh itu warna ungu antara tersenarai dalam ‘carta popular’ fesyen 2023.

Warna ungu lilac diandaikan mewarnai industri fesyen sama ada gaun, sepatu, jaket atau top.

Potongan lace dan laser

majoriti2022 (22)

Gaya potongan lace dan laser memberikan penampilan berbeza ditambah pula dengan kain renda yang mengikuti bentuk tubuh.

Mode pakaian ini dijangkakan mendominasi fesyen untuk musim panas. Selain sesuai untuk dipakai ke acara rasmi, busana dengan penampilan sebegini turut kelihatan manis untuk majlis santai.

Mood sporty

majoriti2022 (23)

Pemakaian ala sukan atau sport look sebenarnya sudah popular. Pakaian begini sangat sesuai untuk padankan secara kasual dan turut memiliki peminat tersendiri. Pilihan fesyen seperti jaket bomber, silky sweatshirts dan jaket sukan antara pilihan penggemar.

Motif floral

majoriti2022 (20)

Pakaian dengan motif bunga mahupun nuansa floral akan menghiasi trend 2023. Gaya ini sangat panas untuk digayakan ketika musim panas terutama saat menghabiskan masa bercuti. Elemen bunga ini juga akan menjadi corak teres bagi kebanyakan blouse dan gaun.

Perincian bow

majoriti2022 (21)

Sentuhan bow pada pakaian akan membuatkan rekaan busana terbabit kelihatan lebih besar atau oversize. Tidak meliputi seluruh bahagian, hanya di tempata tertentu seperti bahu, lengan atau tengah pakaian akan menggunakan teknik ini.

Menariknya, gaya ini akan membuatkan pemakai kelihatan ramping dan mampu menjadi perhatian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram