Teruja kehadiran ahli keluarga baharu, jom tengok senarai artis tambah zuriat sepanjang 2022


  • Hiburan
  • Selasa, 27 Dis 2022

Bayi comel yang merupakan anak selebriti yang dilahirkan pada 2022.

KEHADIRAN cahaya mata dalam sesebuah keluarga menjadi idaman dan keinginan setiap pasangan berumah tangga.

Bukan sahaja menceriakan keluarga, bahkan anak-anak ini juga dapat menjadi penyambung keturunan.

Tentu sahaja perkara ini khabar yang menggembirakan pada setiap pasangan.

Justeru, berikut Majoriti senaraikan antara artis tempatan yang dikurniakan zuriat pada tahun 2022.

Neelofa dan PU Riz

majoriti2022 (26)

Pasangan popular ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Dengan sekali lafaz, PU Riz atau Haris Ismail sah bergelar suami kepada selebriti, Neelofa.

Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata lelaki pada 29 Januari yang diberi nama Muhammad Bilal.

Ernie Zakri dan Syamel

majoriti2022 (33)

Pasangan penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri dan Syamel memiliki anak perempuan yang diberi nama Nur Kawla Soleha. Kedua-duanya disatukan pada 26 Mac 2021 manakala bayi sulung mereka dilahirkan pada 22 Februari 2022.

Kaka Azraff

majoriti2022 (31)

Selain Syamel dan Ernie Zakri, penyanyi Kaka Azraff turut menyambut kelahiran anak keduanya pada tarikh sama iaitu 22 Februari. Bayi lelaki itu diberi nama Aryan Adam.

Kaka mendirikan rumah tangga dengan pasang pilihannya, Adam Azriff pada 14 Disember 2018. Pasangan itu sebelum ini dikurniakan anak sulung yang diberi nama Aslan.

Mira Filzah

majoriti2022 (30)

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah melahirkan cahaya mata sulungnnya pada 10 Mei. Bayi lelaki comel itu diberi nama Wan Khai Amir.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020.

Elisya Sandha

majoriti2022 (27)

Pelakon Elisya Sandha yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha selamat dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Bunga Elhaq.

Bayi comel itu dilahirkan pada 18 Julai di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Elisya mendirikan rumah tangga dengan pengurus produksi, Uzair Haqimy yang juga anak kepada pasangan Sheila Rusly dan Azman Yahya atau mesra dengan panggilan Jinggo.

Uyaina Arshad dan Raja Syahiran

majoriti2022 (28)

Pasangan selebriti pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021.

Mereka dikurniakan cahaya mata pertama pada 8 September dan memberikan nama Raja Urhan kepada bayi lelaki itu.

Oktavia Manrose

majoriti2022 (32)

Pelakon jelita, Oktavia Manrose atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktavia Wan Syahman selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 6 Disember.

Berita gembira itu lebih mengujakan apabila anak keduanya itu dilahirkan selepas 11 tahun kelahiran anak pertama.

Oktavia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izat Abd Rahman pada 2011 kemudian berpisah pada 2015.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Mohamad Khairul Efsan Md Isa pada 21 Disember 2021. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram