DIANGGARKAN, sekitar 1 dalam 700 kelahiran bayi di Malaysia mengalami masalah klef bibir. Klef bibir atau lelangit merupakan masalah kongenital yang paling kerap berlaku di seluruh dunia melibatkan bahagian muka pesakit.
Pakar Bedah Plastik, Estetik dan Rekonstaraktif Hospital Pakar Avisena, Shah Alam, Selangor, Dr Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad berkata, definisi atau istilah lama memanggilnya sumbing.
Tetapi, sekarang ini masalah tersebut digelarkan sebagai klef atau membawa maksud rekahan yang pada dasarnya dipanggil gangguan atau ketidak sambungan mahupun keseimbangan rekahan.
“Klef bibir atau rekahan bibir selalunya berlaku pada usia janin memasuki enam minggu. Kita melihat beberapa muka dan proses percantuman di tengah. Jadi, apabila percantuman itu lewat (delay), itulah yang akan mengakibatkan klef.
“Klef yang biasa berlaku pada bibir merupakan salah satu daripada kumpulan besar klef atau dipanggil rekahan muka. Dianggarkan ada 14 jenis klef dan ia boleh berlaku bukan sahaja di bibir, tetapi boleh melibatkan, tetapi turut boleh melibatkan hingga ke telinga, tepi hidung,” terangnya dalam rakaman program Hello Doktor.
Berikut antara penjelasan Dr Wan Syazli berkaitan dengan gangguan klef:
Faktor klef
- Terdapat pelbagai perkara yang boleh mempengaruhi berlakunya gangguan klef bibir.
- Genetik. Bagaimanapun Dr Wan Syazli menegaskan faktor genetik hanya mempengaruhi sekitar 15 hingga 20 peratus. Oleh itu, pasangan ibu bapa tidak perlu mempunyai rasa bersalah atau meletakkan kesalahan pada diri sendiri.
- Asid Folik, Kekurangan zat asid folik pada peringkat awal kandungan berpotensi menyebabkan perkara itu berlaku. Asid folik bukan sahaja untuk mengelakkan klef, tetapi turut membantu pembentukan tulang belakang.
- Pengambilan ubat-ubatan. Pengambilan ubat seperti penyakit epilepsi (sawan) seperti Sodium Valproate.
- Gaya hidup. Ibu yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti merokok atau minum alkohol ketika hamil.
Rawatan
Pembedahan klef bibir boleh dilakukan seawal bayi berusia tiga bulan. Namun, pembedahan tersebut perlu mengikut beberapa protokol dan bergantung kepada anatomi yang ingin dirawat.
Rawatan perlu dibuat satu per satu sama ada pembedahan bibir atau hidung.
Rawatan tidak mengambil masa yang pendek atau mampu pulih dalam tempoh masa setahun. Kadangkala perlu mengambil masa sehingga kanak-kanak mencecah usia 11 tahun.
Bagi kanak-kanak yang mengalami gangguan sindrom atau masalah jantung, ibu bapa akan diberikan pendedahan mengenai cara pengambailan makanan dan penggunaan alat bantuan makanan seperti obturator atau botol susu khas sebelum pembedahan dapat dilakukan.
Pastikan kanak-kanak tidak memasukkan tangan ke dalam mulut selepas membuat pembedahan.
Penting untuk mengikut tempoh rawatan yang disarankan oleh doktor memandangkan pertumbuhan muka, percakapan, dan pembentukan gigi mempunyai tempoh masa tumbesaran.
Gabungan kepakaran
Pakar bedah
Pakar pergigian
Pakar kanak-kanak pediatrik
Otorinolaringologi
Pertuturan dan pendengaran
Genetik dan psikologi
Para jururawat
Persatuan sokongan CLAPAM (Cleft Lip & Palate Association Malaysia) — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram