Otak cerdas walaupun usia lanjut, ketahui 5 rahsianya


  • Sihat
  • Isnin, 26 Dis 2022

Beberapa aktiviti seperti hobi, senaman fizikal dan menulis jurnal antara yang boleh dilakukan untuk menguatkan ingatan. — Gambar hiasan

PENINGKATAN usia membuatkan kekuatan fizikal seseorang semakin menurun. Bukan sahaja melibatkan perubahan luaran, tetapi kesihatan dalaman seseorang turut mempamerkan perubahan terutama kecerdasan otak.

Disebabkan itulah, sebilangan individu mengalami lupa ingatan atau Alzheimer.

Sedikit fakta, pada peringkat awal, penghidap Alzheimer akan mengalami kekeliruan dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara.

Bukan sahaja gagal mengingati beberapa perkara, mereka turut akan melupakan orang penting dalam hidup dan melalui perubahan personaliti dengan mendadak.

Disebabkan itu, penjagaan kesihatan penting bagi memastikan kesejahteraan jangka masa panjang.

Berdasarkan perkongsian Pakar Bidan dan Sakit Puan, Profesor Datuk Dr Hamid Arshat, terdapat pelbagai perkara yang boleh dilakukan oleh golongan belia.

Berikut antara aktiviti yang boleh dilakukan agar dapat memelihara kesihatan otak:

1. Senaman fizikal

Beautiful young Asia athlete lady running exercises work out in urban environment. Japanese teen girl wearing sports clothes on walkway bridge in early morning. Lifestyle active sporty in city.

Salah satu perkara yang boleh dilakukan bagi membantu kecerdasan otak adalah denan melakukan aktiviti fizikal.

Dianggarkan seseorang memerlukan sekitar 30 minit untk melakukan senaman mahupun pergerakan bagi membantu daripada dijangkiti penyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.

Pelbagai manfaat lain yang akan diperoleh daripada antaranya;

  • Menambah sel-sel neuron (sel saraf)
  • Kuatkan sambungan dan cegah kerosakan neuron
  • Mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yang meningkatkan fngsi pembelajaran.
  • Meluaskan pusat ingatan
  • Melancarkan aliran darah pada otak

2. Hobi

ezgif-4-8b44b6f24b

Memiliki hobi bukan sahaja dapat memberikan kegembiraan dan keseronak, tetapi turut dapat menajamkan fikiran.

Sekiranya ingin terus sihat, cuba belajar melakukan sesuatu yang melibatkan kemahiran seperti berkebun, pertukangan, menjahit, melukis mahupun kraftangan.

3. ’No multitasking’

majoriti2022 (18)

Melakukan banyak kerja dalam satu masa bukan perkara baik untuk perkembangan otak. Melakukan beberapa tugas pada masa sama, tidak menjadikan seseorang lebih produktif.

Sebagai contoh ketika seseorang sedang menjawab panggilan dan masa sama perlu membalas, e-mel, apa yang difokuskan hanya untuk menyelesaikan tugas, tetapi bukan kualiti kandungan.

Tidak mustahil, tumpuan lebih terarah untuk ‘menamatkan’ segala kerja tanpa memikirkan kualiti dan kandungan.

Disebabkan terlalu melakukan perkara tanpa kekemasan atau susun atur, kesilapan akan mudah berlaku sehingga kerja tersebut perlu dilakukan semula bermula daripada asal.

4. Waktu tidur

Young woman resting in bed in the morning

Waktu rehat dan tidur yang cukup baik untuk kesihatan fizikal dan mental. Dianggarkan waktu tidur antara lima hingga tujuh jam setiap malam dapat menguatkan sambungan saraf synapses dan seterusnya meningkatkan proses pembelajaran dan daya ingatan.

Berdasarkan satu kajian, ketajaman minda kanak-kanak meningkat selepas mereka tidur siang. Orang dewasa pula jika tidur sekejap waktu siang (power nap) meningkatkan daya fungsi otak.

5. Jurnal

majoriti2022 (21)

Amalan mencatit setiap perkara baharu dalam buku nota dapat meningkatkan daya ingatan.

Amalan ini menjadi tabiat masyarakat Jepun dan Korea Selatan.

Selain daripada itu, menulis jurnal sama ada matlamat, aktiviti harian atau perancangan masa depan agar dapat meningkatkan daya ingatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram