Punca pedih ulu hati, berikut antara kesan lain jika asyik tahan kentut


  • Sihat
  • Khamis, 22 Dis 2022

Sikap suka menahan kentut akan menyebabkan seseorang mengalami gangguan kesihatan di perut seperti kembung atau memulas. — Gambar hiasan

BUANG angin atau kentut adalah proses alamiah yang terjadi disebabkan kandungan gas berlebihan dalam badan. Bunyi yang kuat berserta bau busuk kadangkala turut berlaku ketika ‘melepaskan’ kentut.

Bagaimanapun, disebabkan malu, sebilangan kita lebih memilih untuk menahan kentut kerana bimbang akan menjadi bahan ketawa.

Situasi itu lebih kritikal sekiranya berada di kawasan khalayak ramai, seperti dalam lif, kelas, pejabat atau bilik mesyuarat.

Sedikit fakta mengenai kentut, angin atau gas masuk ke bahagian rektum disebabkan proses pencernaan dan metabolisme gastrointestinal yang sering dilakukan oleh badan dan kemudian keluar melalui dubur.

https___prod.static9.net.au___media_Network_Images_2018_09_11_09_36_smelly_man

Ketika proses pencernaan berlaku dalam usus kecil, komponan yang tidak dapat dihadam akan bergerak labih jauh di saluran gastrointestinal (organ pencernaan) dan akhirnya masuk ke usus besar.

Bakteria dalam usus akan memecahkan sebahagian kandungan menerusi proses penapaian (tindak balas kimia yang melibatkan penguraian molekul).

Maka, gas akan terhasil dalam proses ini dikenali sebagai asid lemak yang diserap semula dan digunakan dalam laluan metabolik (proses tindak balas metabolisme) melibatkan imuniti serta pencegahan perkembangan penyakit.

Namun pernahkah terfikir akibat yang akan diterima jika menahan kentut?

Oleh itu, berikut antara gangguan kesihatan yang akan dialami jika menahan kentut:

majoriti2022 (35)

Kesan tahan kentut

Terdapat beberapa gangguan kesihatan akan dialami sekiranya seseorang memilih untuk menahan kentut.

Antaranya, perut memulas, perut tidak selesa, perut kembung dan pedih ulu hati.

Menahan kentut juga akan menyebabkan peningkatan tekenan dan ketidakselesaan pada badan.

Gas yang terkumpul dalam usus akan mencetuskan distensi (menyebabkan abdomen atau pinggang mengembung melebihi ukuran normal) perut.

Masalah radang turut boleh berlaku jika menahan kentut terlalu lama. Kejadian itu berlaku ketika tekanan rektum yang mengakibatkan keadaaan dipanggil diverticulitis.

Cara kurangkan kentut

Kawalan pengambilan makanan antara penyelesaian yang dapat membantu untuk mengurangkan pemprosesan gas dalam badan.

Terdapat beberapa makanan yang boleh dielakkan atau kurangkan seperti bawang putih, cendawan, mangga dan epal.

Selain itu, buah tembikai, gandum, produk tenusu dan makanan yang mengandungi pemanis tiruan juga antara yang merancakkan proses penghasilan gas atau angin sehingga menyebabkan kentut.

Secara ringkasnya, jangan memaksa diri untuk menahan kentut kerana bimbang perkara itu akan mengakibatkan kemudaratan dan gangguan kesihatan.

Cuma, apa kata pergi ke tempat yang terbuka dan tidak dipenuhi oleh orang ramai untuk kentut kerana perkara itu adalah normal bagi setiap orang. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram