KADANGKALA tanpa sedar, lagu-lagu lama yang disusun semula mampu kedengaran berbeza sehingga mungkin ada beranggapan baharu itu merupakan single baharu.
Taruhan rentak dan gaya mengikut peredaran muzik semasa berjaya mencuri halwa telinga pendengar biarpun ada sebilangannya menghampiri angka sedekad.
Tidak hanya melibatkan muzik, malah perubahan nyanyian juga dilakukan agar dapat memberikan kelainan yang lebih segar dan mengikut keadaan semasa.
Justeru berikut merupakan beberapa lagu lama yang sudah digubahkan semula daripada penyanyi solo, kemudian ditukar kepada nyanyian berkumpulan atau duet.
1. Mahligaimu Dari Air Mata
Lagu ‘jiwang’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Lestari. Ditubuhkan sekitar 1980-an, kumpulan ini asalnya dianggotai oleh Wan selaku vakalis, Kamal, Ilham, Rehan dan Kanang.
Lagu Mahligaimu Dari Air Mata diterbitkan pada 1996 dari album bertajuk Aku Yang Terpilih.
Setelah lebih dua dekad, lagu itu dinyanyikan semula oleh Fieya Julia dan Luqman Faiz pada April 2022.
Awalnya lagu terbabit merupakan nyanyian solo vokalis dengan iringan muzik kumpulan.
Bagaimanapun karya baharu itu memberi kelainan apabila dipersembahkan secara duet antara penyanyi lelaki dan wanita.
2. Mengusung Rindu
Lagu ini asalnya dinyanyikan oleh Achik Spin secara solo dan diiringi oleh pemuzik kumpulan.
Dihasilkan oleh Abd Hamid Adnan dan Aminah Abdul Rahman, lagu Mengusung Rindu diterbitkan pada 1999.
Kemudian, lagu ini diubah dengan susunan baharu termasuk dinyanyikan semula secara berkumpulan dengan padanan empat suara Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan serta diterbitkan pada Julai 2022.
3. Mengintai Dari Tirai Kamar
Lagu ciptaan Saari Amri ini diterbitkan pada 1997. Tidak hanya popular di tanah air, malah single kumpulan Exists turut mendapat tempat di Indonesia menerusi tajuk Buih Jadi Permaidani.
Hampir menjangkau tiga dekad, lagu ini kembali mencuri tumpuan dan dinyanyikan semula.
Berbeza dengan taruhan pertama, lagu ini asalnya dinyanyikan secara solo.
Kemudian lagu ini dinyanyikan semula oleh penyanyi asalnya Ezad Lazim dengan bintang baharu Amsyar Lee dan diterbitkan pada Jun 2022.
4. Sejarah Mungkin Berulang
Lagu ikonik kumpulan New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang yang dahulunya dinyanyikan secara solo oleh Tomok, kini mendapat sentuhan baharu menerusi gabungan dua penyanyi baharu.
Lagu ciptaan Zulkefli Majid dan Lukhman S itu dilancarkan pada 1999.
Jika dahulunya lagu tersebut dinyanyikan secara solo, kini Farhan Mustapha dan Amad Fadlin mengambil alih menyanyikan semula lagu terbabit yang dilancarkan pada Oktober 2022.
5. Izinkan Selamanya Namu Dihati
Lagu Izinkan Selamanya Namamu Di Hati asalnya dinyanyikan oleh kumpulan E.Y.E sekitar 1990-an.
Single ini turut mendapat tempat di hati pendengar negara seberang dengan mengekalkan tajuk sama.
Setelah masa silih berganti, lagu lama yang dinyanyikan solo oleh vakalis E.Y.E, Izam, dinyanyikan semula Fareez Fauzi dan Faez Zain.
Ciptaan sepenuhnya oleh Abd Halim Awang Ibrahim, nyanyian versi baru lagu ini diterbitkan pada Mac 2022.
6. Di Alam Fana Cintamu
Kumpulan Fotograf merupakan penyanyi asal lagu Di Alam Fana Cintamu pada 1992.
Diciptakan oleh Fauzi Marzuki dan Zur’ain, lagu ini dinyanyikan oleh Allahyarham Shamrin yang merupakan vakalis kumpulan tersebut.
Dua dekat berlalu, lagu ini sekali lagi mendapat tempat dalam kalangan pendengar apabila dinyayikan semula oleh Haqiem Rusli dan Afieq Shazwan, manakala dilancarkan pada November 2022. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram