Asap rokok, suka korek hidung antara 6 penyebab hidung berdarah! 


  • Sihat
  • Isnin, 19 Dis 2022

Terdapat beberapa situasi yang menyebabkan seseorang mengalami hidung berdarah seperti persekitaran kering, ubat-ubatan atau kerap mengorek hidung.

PERNAHKAH kita menonton iklan mahupun sedutan babak yang memaparkan kejadian ‘hidung berdarah’ kerana melihat wanita jelita atau jejaka kacak. Perkara itu mungkin boleh dianggap sebagai bahan jenaka kerana kelihatan lucu.

Bagaimanapun terdapat beberapa punca yang terkait kepada perkara tersebut manakala sebahagiannya memerlukan pemerhatian khusus.

Menurut fakta, hidung berdarah berlaku apabial darah keluar dan mengalir secara tiba-tiba daripada hidung. Perkara itu boleh terjadi kepada sebelah nostril (lubang hidung) atau kedua-duanya secara serentak dan mengejut.

Kecederaan seperti luka atau radang yang mampu mengakibatkan pendarahan hidung berlaku tanpa henti, memerlukan pemerhatian khusus dan rawatan pakar.

Selain itu, udara kering pada sekitar kawasan boleh menyebabkan membran nasal mengering sehingga menyebabkan pendarahan.

Terdapat pelbagai lagi perkara lain yang boleh mempengaruhi kejadian hidung berdarah.

majoriti2022 (15)

Kerap korek hidung

Kekerapan mengorek hidung kerana gatal atau tidak selesa yang datang dari dalam lubang hidung antara punca boleh mengakibatkan hidung berdarah.

Perkara ini akan lebih serius sekiranya seseorang mengalami alahan terutama jika berlaku jangkitan mahupun luka di kawasan hidung.

Selalu menghembus hidung

Kekerapan menghembus hidung kerana ingin mengeluarkan benda asing turut antara penyebab.

Menghembus terlalu kuat dikuhatiri boleh merosakkan saluran darah dalam hidung sehingga mengakibatkan pendarahan.

Mengambil ubat tertentu

Pengambilan ubat-ubatan tertentu mampu memberikan kesan sampingan seperti mencairkan darah sehingga pendarahan hidung mungkin boleh berlaku.

Antara ubat yang boleh mendorong kepada perkara itu seperti aspirin, clopidogrel (Plavix) dan warfarin (Coumadin).

Penggunaan penyembur nasal

frowning young blonde handsome man putting finger on nose looking at camera isolated on green background

Rangsangan terhadap semburan nasal seperti corticosteroids & antihistamines juga mungkin boleh mengakibatkan hidung berdarah.

Bahan kimia

Terlalu kerap atau lama terdedah kepada bahan kimia seperti asap rokok, asid sulfurik, gasolin atau ammonia boleh menyebabkan risiko hidung berdarah.

Pengambilan dadah yang mempunyai bahan kimia yang disedut melalui hidung juga antara menyebabkan risiko yang sama meningkat.

Keadaan kesihatan

Individu yang mengalami gangguan kesihatan seperti hipertensi, penyakit jantung, kecacatan rongga hidung (nasal) atau tumor kerap mengalami perkara ini.

Penghidap hemofilia iaitu sejenis penyakit darah cair. Pesakit yang mengalami hemofilia akan menyebabkan darah mengalir sekiranya terluka dan berlaku pembukaan pada bahagian kulit. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram