Suria FM rai ulang tahun ke-15 atas kapal mewah


  • Hiburan
  • Rabu, 30 Nov 2022

Suria FM merancang untuk meletakkan nama di dalam The Malaysia Book of Records sebagai stesen radio pertama bersiaran di atas kapal persiaran yang sedang berlayar.

KEJAYAAN Suria FM meraih kedudukan ketiga stesen radio paling popular bahasa Melayu menjadi inspirasi untuk meraikannya dengan penuh kelainan.

Menjalin kerjasama dengan Resorts World Cruises, Suria akan berlayar selama 4 hari 3 malam di atas kapal persiaran mewah, Genting Dream bermula 9 Januari 2023.

Pada masa sama, Suria menyasarkan agar impian untuk menjadi radio pertama bersiaran di atas kapal pelayaran berjaya direalisasikan.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, sokongan luar biasa daripada pendengar secara tidak langsung memberi peluang untuk meraih kejayaan itu.

“24 November genap 15 tahun Suria FM mewarnai industri radio tanah air dan 2022 merupakan tahun luar biasa terutama melibatkan pencapaian dari segi rating, kedudukan dan hasil pendapatan secara keseluruhan.

“Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa sokongan padu daripada pendengar setia, pihak penaja serta rakan media,” ujarnya.

Oleh itu, berikut antara perkara perlu tahu mengenai perancangan Suria FM untuk masa mendatang termasuk pelayaran bersama Resort World Cruises.

317087985_1132051677670657_894029794524657894_n

5 pendengar bertuah

Seramai lima orang pendengar Suria FM berpeluang untuk merasai pengalaman berlayar di atas kapal persiaran Genting Dream.

Terdapat empat langkah bagi melayakkan diri terpilih iaitu pertama like dan follow akaun Instagram (@suriamalaysia) dan Facebook (@suriafm).

Kemudian muat naik logo Suria 15 tahun di ruangan Feed media sosial dan ceritakan kenangan terindah bersama Suria FM. dangan menggunakan tanda pagar #SURIA15TAHUN.

Paling utama, pastikan akaun Instagram dan Facebook dalam mod public.

Destinasi

Laluan pelayaran kapal persiaran mewah Genting Dream berlepas dari Perlaburan Klang, Selangor ke Pulau Pinang dan seterusnya meneruskan pelayaran ke Singapura.

Rekod istimewa

Usaha Suria FM untuk menjadi stesen radio pertama bersiaran di atas kapal persiaran merupakan salah satu misi untuk meletakkan nama di dalam The Malaysia Book of Records.

317170294_504026401680146_7535716984382783230_n

Penyampai

Dalam pelayaran itu, barisan penyampai segmen Morning-Morning Suria iaitu Ajak, Shuib dan Suraya akan dipertanggungjawabkan untuk bersiaran di atas kapal persiaran mewah berkenaan.

Tidak hanya mereka, DJ Lin turut akan bersama-sama mereka menjayakan matlamat itu.

Mesra Muslim

Kapal persiaran Genting Dream memiliki sijil halal yang mendapat perakuan halal antarabangsa bagi penyediaan hidangan atas kapal persiaran.

Kemudahan surau lelaki dan perempuan turut disediakan bagi memberi keselesaan buat pelancong beragama Islam untuk beribah.

Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, daki tembok (rock climbing), mini golf, aktiviti air, karaoke dan persembahan istimewa disediakan.

Penyanyi Siti Nordiana dan Amir Masdi juga antara selebriti yang turut membuat persembahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram