Dari novel ke layar perak, ada karya adaptasi catat kutipan pecah panggung lebih RM10 juta  


  • Hiburan
  • Sabtu, 03 Dis 2022

Barisan filem tempatan yang merupakan karya adaptasi novel.

MENONTON filem di pawagam merupakan antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga, rakan-rakan mahupun secara sendirian.

Pelbagai genre seperti aksi, seram, romantik, komedi mahupun drama menjadi pilihan penggemar naskhah layar perak.

Sebilangannya mungkin karya fiksyen yang digubah oleh penulis mahupun diinspirasikan daripada kisah benar. Tidak kurang juga ada filem tempatan yang diangkat hasil adaptasi novel.

Pembaca tentu sahaja teruja apabila berpeluang menonton watak kegemaran dalam novel yang sebelum ini dalam bentuk penulisan diangkat menjadi visual.

Justeru, berikut antara filem tempatan yang diambil daripada adaptasi novel popular tanah air.

Ombak Rindu

MV5BYjk2ZjE3NDEtZDJiOS00N2Y5LWI4YzgtMTJiODJiYWZhNmU3XkEyXkFqcGdeQXVyMjgzNDQyMjE@._V1_FMjpg_UX1000_

Novel yang ditulis oleh Fauziah Ashari diterbitkan oleh Alaf 21 iaitu anak syarikat kumpulan Media Karangkraf pada 2002.

Kemudian cerita mengenai hubungan cinta Hariz, Izzah dan Mila Amylia itu diangkat ke layar perak pada 2011.

Difahamkan filem tersebut memakan belanja anggran RM1.56 juta berjaya mencetus fenomena dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM10.9 juta.

Diarahkan oleh Osman Ali, filem tersebut dibintangi oleh Datuk Aaron Aziz, Maya Karin, Datin Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan dan Zaidi Omar.

Ringkasnya filem ini mengisahkan Izzah (Maya Karin) dijual oleh bapa saudaranya di sebuah pusat hiburan untuk dijadikan pelacur.

Nasibnya berubah selepas di bertemu dengan Hariz (Aaron Aziz) dan berkahwin dengannya.

Pilot Cafe

MV5BNjExZjM5YWYtMjk1ZC00NGQ2LTg5OWMtNDNlY2U0NTA4NDdlXkEyXkFqcGdeQXVyMjgzNDQyMjE@._V1_

Filem Pilot Cafe yang merupakan nukilan asal novelis Ahadiat Akashah sekitar 1995. Tidak dinafikan novel ini antara karya popular pada ketika era 1990-an.

Menggunakan khidmat Osman Ali sebagai pengarah, Pilot Cafe membariskan Fahrin Ahmad, Izara Aishah, Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Eizlan Yusof dan Dian P.Ramlee sebagai pelakon.

Diterbitkan pada 2015 oleh Astro Show dan Tarantella Pictures, filem ini dikatakan gagal memandangkan kutipan pecah panggung apabila memperoleh sebanyak RM1.7 juta yang dikatakan lebih rendah berbanding bajet, RM3 juta.

Pilot Cafe mengisahkan tentang juruterbang bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) yang digilai oleh ramai wanita.

Malahan sikap kaki perempuannya menyebabkan dia memilih untuk tidak bertanggungjawab atas perbuatannya menghamilkan Shamila (Neelofa).

Lagenda Budak Setan

MV5BN2Y1YzA1ZGYtMDY4MC00ZTgzLTljY2YtZDk3NDQwNTg1Y2ZmXkEyXkFqcGdeQXVyMjgzNDQyMjE@._V1_

Filem Lagenda Budak Setan diterbitkan pada 2010 dengan membariskan Farid Kamil, Datin Lisa Surihani, Que Haidar, Shiqin Kamal, Nur Fazura, Sheila Mambo dan Raja Farah sebagai pelakon.

Diarahkan oleh Sharad Sharan, filem ini menelan belanja RM1.36 juta dan mendapat kutipan pecah panggung sebanyak RM4.28 juta.

Novel Lagenda Budak Setan mula diterbitkan pada 1985 dan diulang cetak sebanyak dua kali pada 1997 dan 2005.

Watak Kasyah yang diceritakan oleh Ahadiat Akashah ini turut dihasilkan secara trilogi iaitu Lagenda Budak Setan, Katerina dan Lagenda Berakhir (Saga 3).

Menceritakan tentang kehidupan pelajar kolej, Ayu (Lisa Surihani) dengan Kasyah (Farid Kamil) yang berdepan dengan pelbagai rintangan sehingga mengakibatkan hubungan mereka terkandas di tengah jalan.

Karya Katerina yang diangkat ke layar perak memperlihatkan kehebatan lakonan Maya Karin dan Bront Palarae termasuk Lagenda Budak Setan 3.

Bisik pada langit

MV5BYjdlYjQ0ZGUtZDY2MS00YTUzLTk2NTYtZTE3MjI5YzU3ZGIxXkEyXkFqcGdeQXVyMzY3MDU4NDk@._V1_FMjpg_UX1000_

Filem penuh emosi lakonan Jalil Hamid, Ummi Nazeera, Beto Kusyairy, Naim Daniel, Erwin Dawson dan Fadilah Mansor.

Diarahkan oleh Kabir Bhatia, filem ini diterbitkan pada 2017 dengan menceritakan tentang, pengorbanan Wak Selamat (Jalil Hamid) sebagi ayah yang dilihat begitu menyayangi anak perempuannya hingga sanggup melakukan apa sahaja.

Filem ini diterbitkan oleh Astro Show dan Filmscape dengan mencatat kutipan sebanyak RM3.5 juta.

Mira Idora

MV5BYmMwNjY1ZTktMDRmNy00OTE1LWJiZjgtOTI1MjhiZmI3MjNjXkEyXkFqcGdeQXVyNDkyMzMyODM@._V1_

Adaptasi daripada novel Mira Idora tulisan Khadijah Hashim sekitar 1984. Kemudian naskhah tersebut diangkat sebagai filem pada 1990 bawah arahan Zulkifli M. Osman.

Filem ini mengisahkan seorang ibu yang tidak mempunyai hubungan baik dengan anak perempuannya. Perkara itu menjadi semakin parah apabila kedua-dua ibu dan anak jatuh cinta dengan lelaki yang sama.

Filem ini dilakonkan oleh Cik Puan Julia Rais, Noorkumalasari, Mustapha Kamal, Rahim Maarof, Sofea Jane dan Azhar Sulaiman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram