Gempar pelakon Ogy Ahmad Daud ‘naik pelamin’? Ketahui antara artis lain yang bertemu jodoh di usia senja


  • Hiburan
  • Isnin, 12 Dis 2022

Biarpun sudah berusia, namun barisan selebriti tanah air ini masih mampu bergelar suami isteri dan mendirikan rumah tangga.

BARU-BARU ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai pelakon dan pengarah versatil, Fauziah Ahmad Daud akan mendirikan rumah tangga.

Perkara itu berlaku selepas aktres berusia 60 tahun itu berkongsikan hantaran di media sosial mengatakan dirinya sudah dirisik dan dipinang.

Berita gembira itu bukan sahaja membuatkan tuan punya badan dihujani dengan doa dan ucapan tahniah.

Bagaimanapun, maksud beliau itu rupa-rupanya ialah penglibatannya dalam pementasan teater Muzikal Wajah Rahsia Hati yang dijadualkan berlangsung di Gateway Theatre Singapura pada 11 Februari, 2023.

Susulan itu daripada khabar yang heboh menelusuri pelosok industri, meskipun Fauziah atau popular dipanggil Ogy tidak sebenarnya tidak berkahwin dalam masa terdekat, namun berikut antara selebriti tanah air yang mendirikan rumah tangga ketika lanjut usia.

Allahyarham Datuk A.Rahman Hassan, 67, dan Datin Fadilah Mansor 54

0AFB91C2-383F-4E68-A5C0-0F0EE6CDDF9A

Allahyarham Datuk A.Rahman Hassan yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fadilah Mansor pada 2014.

Ketika itu, allahyarham berusia 67 manakala Datin Fadilah, 54.

Pasangan dinikahkan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid manakala majlis resepsi berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Datuk Jamal Abdillah, 58, dan Datin Zai Izzati Khairuddin 23

553

Hero filem Azura, Datuk Jamal Abdillah yang ketika itu berumur 58 tahun berkahwin dengan pasangannya, Datin Zai Izzati Khairudin pada April 2017.

Ketika itu Datin Zai Izzati berumur 23 tahun.

Sebelum ini Jamal pernah berdepan dengan tiga kali kegagalan dalam rumah tangga iaitu kali pertama berkahwin dengan Basirah Abdul Latiff pada 1988 dan bercerai pada 1996.

Kemudian penyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan itu mendirikan rumah tangga dengan Noraina Mohd Yusof pada 2001.

Bagaimana perkahwinan itu tidak bertahan lama dan mereka kemudian mengambil keputusan untuk bercerai sebelum Jamal berkahwin semula dengan Fatimahtuzahrah Samad pada 2006, namun bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan Jamal dengan Zai izzati, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, El Issac Yamani, dan Iskandar Rayyan Yamani.

Mas idayu, 50, dan dan Muhammad Sufian Che Isa, 51

majoriti2022 (4)

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dangdut, Mas Idayu yang terkenal dengan panggil Mummy.

Mas Idayu mendirikan rumah tangga pada umur 50 tahun dengan pasangan Muhammad Sufian Che Isa, 51, pada September 2022.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam dan Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek, Kampung Baru, Azizi Abd Hamid berwalikan bapa pengantin perempuan, Mesnun Hassan.

Mak Wan Latah, 61, dan Husain Dollah, 72

majoriti2022 (5)

Pelakon veteran, Mak Wan Latah berkahwin buat kali ketiga dengan lelaki pilihannya, Husain Dollah, 72 pada Januari 2022.

Pasangan itu dinikahkan di Pejabat Agama Ipoh, Perak sementara resepsi berlangsung di kampung halaman suami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Bagaimanapun Mak Wan atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud reda apabila perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga bulan.

Husain melafazkan cerai terhadap Mak Wan dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada April 2022. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram