Peralatan 'hardware' cetus inspirasi pembikinan coklat kafe Since 18's


Bridget Wong menunjukkan coklat berbentuk alat perkakasan yang dijual di kafenya, Since 18's sebagai pencuci mulut.

PERTAMA kali melangkah ke kafe Since 18's di Taman Desa, Kuala Lumpur, pasti terpegun melihat beberapa alat seperti perengkuh, penukul dan skru disusun kemas di dalam peti sejuk.

Bermain pelbagai persepsi di minda mengenai mengapa peralatan pertukangan itu perlu disimpan begitu. Apa keistimewaannya?

Siapa sangka semua perkakasan itu sebenarnya adalah kepingan coklat yang dijadikan sebagai snek istimewa sekali gus simbol identiti kafe tersebut sejak diperkenalkan tujuh tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Antara coklat berbentuk perkasasan pertukangan menjadi pilihan pelanggan ketika berkunjung ke kafe SINCE 18'S di Taman Desa di sini.

Pemilik kafe tersebut, Bridget Wong berkata coklat yang dihasilkan bersama suami menggunakan acuan pelbagai reka bentuk dan memerlukan sehingga enam jam bagi menghasilkan kira-kira 20 kepingan coklat berupa perkakasan setiap hari.

Wong berkata kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kafenya membeli coklat tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa hari perkahwinan, hari lahir, hari perayaan atau sebagai kejutan kepada seseorang.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA



Selain coklat dengan pelbagai bentuk perkasasan pertukangan, turut dihasilkan coklat berupa alat solek seperti gincu, berus mekap, minyak wangi dan palet pembayang mata.

Pencuci mulut

Pemilik kafe Since 18’s, Bridget Wong berkata, inspirasi menghasilkan coklat berbentuk perkakasan tercetus ketika merantau selama enam bulan untuk menziarahi kakaknya yang bermastautin di United Kingdom (UK).

KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Pemilik kafe SINCE 18’S, Bridget Wong, 36, menunjukkan coklat berbentuk alat perkakasan yang dihasilkannya di kafenya di Taman Desa di sini.Wong berkata kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kafenya membeli coklat tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa hari perkahwinan, hari lahir, hari perayaan atau sebagai kejutan kepada seseorang.

Katanya harganya pula dijual antara RM15 hingga RM29 bergantung kepada jenis rupa bentuk coklat.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


"Ketika di UK, saya mengambil peluang mengikuti kursus Barista kerana ingin belajar cara membancuh kopi dengan betul dan berhasrat membuka sebuah kafe apabila balik ke tanah air.

"Sepanjang berada di sana saya teruja melihat konsep masyarakat yang menjual coklat berupa perkakasan ini ada di mana-mana restoran atau kafe sehingga menarik minat saya. Jadi, apa salahnya saya membawa konsep sama ke Malaysia,” katanya.

Bekas pekerja bank berusia 36 tahun itu berkata coklat yang dihasilkan bersama suami menggunakan acuan pelbagai reka bentuk dan memerlukan sehingga enam jam bagi menghasilkan kira-kira 20 kepingan coklat berupa perkakasan setiap hari.

KUALA LUMPUR, 11 Dis -- Antara coklat berbentuk perkasasan pertukangan menjadi pilihan pelanggan ketika berkunjung ke kafe SINCE 18'S di Taman Desa di sini.

Pemilik kafe tersebut, Bridget Wong, 36, berkata coklat yang dihasilkan bersama suami menggunakan acuan pelbagai reka bentuk dan memerlukan sehingga enam jam bagi menghasilkan kira-kira 20 kepingan coklat berupa perkakasan setiap hari.
Wong berkata kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kafenya membeli coklat tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa hari perkahwinan, hari lahir, hari perayaan atau sebagai kejutan kepada seseorang.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


"Coklat yang dihasilkan sepenuhnya daripada acuan tanpa menggunakan mesin, prosesnya lagi rumit dan perlu berhati-hati terutama ketika mengeluarkan coklat dari acuan, ia mungkin boleh patah bagi yang reka bentuk berisiko tinggi seperti playar dan gunting,” katanya.

Wong berkata kebanyakan pelanggan yang berkunjung ke kafenya membeli coklat tersebut untuk dijadikan hadiah istimewa hari perkahwinan, hari lahir, hari perayaan atau sebagai kejutan kepada seseorang.

"Harganya pula dijual antara RM15 hingga RM29 bergantung kepada jenis rupa bentuk coklat,” katanya.

Selain coklat, kafenya yang memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu turut menyediakan variasi pilihan masakan tempatan dan barat kepada pelanggan. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram