Meremang bulu roma, 5 lokasi seram popular dijadikan filem 


  • Hiburan
  • Isnin, 05 Dis 2022

Genre misteri dan seram sering dianggap sebagai tarikan penonton untuk ke pawagam.

SERAM atau perkara yang melibatkan hal mistik sentiasa mendapat perhatian masyarakat di seluruh pelosok dunia.

Pelbagai pihak berusaha untuk mendalami rahsia alam ghaib itu dengan bermacam cara agar dapat merungkai 1001 kisah terpendam.

Tentu sahaja kisah sebegitu akan menarik perhatian penonton lebih-lebih lagi jika diangkat ke layar perak. Tidak mengira sama ada makhluk berupa seram atau lokasi tersebut yang dianggap sebagai ‘port’ panas.

Oleh itu, jom semak beberapa filem seram tempatan yang memilih lokasi yang turut disajikan dengan pelbagai ceritera misteri.

Filem: Karak

Tahun: 2011

Karak(filem)01

Sejak tahun 1980-an, pelbagai kisah seram sering didengari dan diceritakan dari turun temurun. Antara yang paling hangat diperkatakan sehingga ke hari ini ialah kemuculan misteri kereta Volkswagen kuning.

Paling menakutkan terdapat dua peristiwa misteri apabila dikatakan ada pemanggil yang membuat panggilan ke radio menceritakan tentang kejadian seram mengenai Volkswagen Beetle lama itu.

Pertama, dia menceritakan secara terperinci mengenai apa yang berlaku ke mengenai kenderaan tersebut, manakala seorang lagi pemanggil wanita pernah menceritakan bagaimana seluruh ahli keluarganya meninggal dunia akibat kemalangan di situ.

Inspirasi daripada kisah itu, filem Karak arahan Datuk Yusry Abd Halim diterbitkan dengan mengisahkan tentang empat sahabat sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang melalui Lebuh Raya Karak.

Kisah itu diselitkan dengan elemen seram dan misteri yang akhirnya terungkai apabila salah seorang daripada mereka rupanya sudah meninggal dunia akibat kemalangan.

Shahir, Shera Aiyob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussain antara pelakon yang membintangi filem yang diterbitkan pada 2011.

Filem: Bangunan

Tahun: 2015

Filem ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku di sebuah sekolah memandu. Diceritakan beberapa kejadian pelik berlaku berjaya dirakam oleh kamera liter tertutup (CCTV) bangunan sekolah tersebut.

Pada 2010, dikatakan dua remaja hilang tanpa jejak selepas melalui kawasan tangga.

Tertarik dengan kisah yang ada, pelakon Khir Rahman, Sein (Ruffedge) dan Aqasha melakukan sebuah aktiviti paranormal di kawasan terbabit.

Disebabkan tertarik mendengar kisah daripda rakan mangsa, Khir berhasrat untuk menjadikan peristiwa itu sebagai elemen utama filem Bangunan.

Filem itu diterbitkan pada Februari 2015 oleh Camwerk Studio dan Suar Channel.

Filem: Mimaland

Tahun: 2020

117177383_3272059306192734_3142780698236417654_n

Mimaland merupakan sebuah taman tema air yang popular sekitar 1990-an. Mimaland atau Malaysia In Miniature Land mula dibina pada 1992 di Gombak, Selangor.

Taman tema ini turut pernah dijadikan lokasi penggambaran filem Gila-Gila Remaja. Popularti Mimaland semakin merudum apabila seorang warga Singapura dilaporkan mati lemas secara tragis dan kemudian disusuli dengan kematian seorang kanak-kanak.

Beberapa pengunjung turut dikatakan berkongsikan kisah seram mereka yang diganggu ketika menginap di situ. Sekitar 1994, berlaku beberapa kejadian tanah runtuh yang merosakkan sebahagian kawasan sehingga mengakibatkan tidak ramai yang berkunjung ke sana.

Kisah tersebut diangkat ke layar perak dengan menggunakan judul, Miimaland. Diterbitkan pada 2020, filem tersebut mengisahkan sekumpulan individu yang cuba menyiasat mengenai misteri Mimaland.

Bagaimanapun, kejadian aneh berlaku dan mengakibatkan kemalangan jiwa.

Filem itu dibintangi oleh Fattah Amin, Sophia Albarakbah, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq dan Zalif Sidek dengan arahan Nevin Hiong.

Filem: Haunted Hotel

Tahun: 2017

horror-movie-shot-in-malaysia-set-to-premiere-in-cinemas-on-october-19-world-of-buzz

Filem Haunted Hotel dikatakan menjalani penggambaran di salah sebuah lokasi seram paling popular di Genting Highland, Pahang.

Menjalani penggambaran di Amber Court di bawah arahan Ryan Lee, filem itu dilakonkan oleh Teddy Chin, Alvin Chong, Azman Hassan bersama beberapa pelakon luar negara seperti Aom Sushar (Thailand) dan Li Chuan (China).

Tidak diketahui bagaimana lokasi bangunan tersebut menjadi ‘berpuaka’, namun sekitar Jun 2022, sekumpulan penduduk sekitar 100 orang berkumpul di hadapan premis dan melakukan bantahan.

Perkara itu dibuat kerana mereka tidak berpuas hati terhadap tindakan sekumpulan pemburu paranormal yang kerap memuat naik kandungan seram di YouTube.

Bagaimanapun filem Haunted Hotel mengisahkan tentang Ling dan kekasihnya Jun menang judi di kasino. Kemudian mereka memilih untuk menginap di sebuah hotel.

Disitulah bermula pelbagai kisah seram apabila mereka sering diganggu oleh makhluk wanita berpakaian serba putih.

Filem: Villa Nabila

Tahun: 2015

800px-Villa_Nabila

Misteri kisah Villa Nabila bukan satu perkara asing. Ia mengisahkan cerita seram sebuah rumah mewah yang terletak di Johor Bahru, Johor. Pelbagai versi kisah seram yang diceritakan sehingga ke hari ini.

Antara yang terkenal, mengenai kisah keluarga kaya yang memiliki anak perempuan bernama Nabila.

Disebabkan rasa kasih, kediaman itu dinamakan Villa Nabila. Bagaimanapun Nabila dikatakan menemui ajal secara tragis, apabila dia diperkosa manakala mayatnya ditanam di dinding bangunan.

Villa Nabila merupakan filem cereka dokumentasi seram arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Tisha Shamir.

Filem ini mengisahkan mengenai pengalaman sebenar buruh kasar yang ditugaskan untuk merobohkan banglo Villa Nabila.

Filem itu diterbitkan oleh Viper Studios dan Skop Productions pada 2015.

Filem: Highland Tower

Tahun: 2013

Screenshot 2022-12-04 at 3.22.22 PM

Bercorak dokumentari, filem seram ini diarahkan oleh Pierre Andre terbitan Metrowealth Pictures. Ia dibintangi oleh Mikail Andre, Niezam Zaidi, Eddy Rauf, Shima Anuar, Atikah Suhaime dan Adibah Yunus serta diterbitkan pada 2013.

Highland Tower terletak di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor. Satu peristiwa tragis berlaku ketika 11 Disember 1993 apabila salah sebuah bangunan pangsapuri Highland Tower ‘rebah’ ke bumi akibat berlakunya tanah runtuh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram