Lama tengok skrin antara punca mata merah! Jangan panik, berikut ada 5 faktanya


  • Sihat
  • Jumaat, 16 Dis 2022

Kemerahan dan kegatalan antara tanda-tanda berlaku keradangan pada mata.

KEADAAN mata merah mampu membuatkan seseorang itu panik dan risau sekiranya situasi tersebut berlanjutan sehingga mengakibatkan gangguan dalam melakukan aktiviti harian.

Tentu sahaja seseorang itu akan berasa panik apabila mendapati mata putih bertukar menjadi kemerahan.

Ini kerana berlaku keradangan pada penglihatan yang mampu mengakibatkan gangguan keapda penglihatan.

Menurut portal Hello Doktor, mata yang berwarna merah atau bloodshot eyes merupakan satu keadaan ringan yang tidak perlu dirisaukan.

Namun, sekiranya perkara itu berlaku, mata akan berasa kesakitan dan berkemungkinan mengganggu penglihatan. Apabila itu berlaku, ia mungkin tanda penyakit yang serius.

Terdapat beberapa perkara yang mampu mengakibatkan mata menjadi merah dan berasa sakit.

Berikut ada penjelasannya:

ezgif-2-c967a1ec1c

Alahan

Debunga, habuk atau debu antara benda asing yang boleh mengakibatkan mata seseorang berasa sakit.

Begitu juga jika seseorang mengalami alahan makanan atau terkena reaksi alahan seperti menikmati hidangan laut, telur ayam atau kekacang.

Sekiranya mengalami situasi sebegini, doktor akan menasihatkan untuk mengambil ubat khusus dan titisan mata untuk merawat alahan.

Salur darah pecah

Kadangkala bangun pagi akan mendapati bahagian mata putih memiliki tompok berwarna merah.

Keadaan ini dikenali dengan nama subconjunctival hemorrhage. Selalunya perkara ini tidak membahayakan.

Punca sebenar perkara ini dikatakan masih belum diketahui, namun perkara itu boleh berlaku disebabkan batuk atau bersin yang teruk.

Terlalu lama memandang skrin atau selepas mengalami muntah teruk turut antara punca perkara ini berlaku.

Kesan luka daripada gosokkan mata terlalu kuat atau kemasukan ojek asing ke dalam mata turut menjadi antara penyumbang utama.

Selalunya keadaan begini akan pulih dengan sendiri dan mengambil masa sekitar beberapa hari. Namun, jangan abaikan jika urat mata merah kerana perkara ini akan menyebabkan kesakitan dan perubahan terhadap penglihatan.

Mata kering

ezgif-2-ae08c44e92

Mengalami kesukaran untuk tidur atau mata berasa pedih pada waktu malam antara tanda-tanda mata kering.

Situasi ini tidak terlalu serius kerana selalunya mata kering berlaku disebabkan cuaca sejuk, kering dan berangin.

Penggunaan kanta lekap atau terlalu lama berhadapan dengan komputer juga antara penyebab berlakunya perkara ini.

Iritasi (kegatalan)

Mata gatal-gatal dan berubah menjadi kabur merupakan tanda-tanda mata ada iritasi.

Kadangkala, tanpa sedar ada benda asing atau sesuatu yang masuk ke dalam mata sehingga mengakibatkan kegatalan.

Disebabkan itu, hati-hati ketika memakai kanta lekap agar tidak berlaku sebarang masalah.

Pink eye atau conjunctivitis (sakit mata)

Pink eye menyebabkan bola mata menjadi merah dan selalunya conjunctivitis berlaku pada sebelah mata dan akan merebak ke sebelah lagi dalam masa beberapa hari.

Individu yang menghidap pink eye juga akan mengakibatkan rasa pedih dan gatal-gatal di kawasan mata.

Conjunctivitis merupakan penyakit mata yang mudah berjangkit. Oleh sebab itu, elakkan berkongsi tuala dengan ahli keluarga menghidap penyakit mata ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram