Nikmati udara segar di hutan, ketahui kelebihan aktiviti berkhemah


  • Hobi
  • Selasa, 13 Dis 2022

Berbeku, bermain permainan dan menikmati keindahan alam semula jadi antara perkara yang boleh dilakukan ketika berkhemah.

MENAWARKAN pengalaman berbeza, aktiviti perkhemahan mampu tidak hanya memberi peluang untuk meneroka alam semula jadi, tetapi ada melatih diri untuk menjadi lebih berdikari.

Hal ini kerana kebanyakan tapak perkhemahan hanya disedikan beberapa kemudahan asas seperti surau, tandas dan tempat memasak.

Selebihnya, pengunjung perlu membina khemah bersama kelengkapan lain bagi memberikan lebih keselesaan seperti meja kopi, kerusi rehat, dapur memasak, beg tidur, dan beberapa peralatan lain lagi.

Tidak dinafikan aktiviti ini baik untuk kesihatan terutama merehatkan minda dan emosi daripada tekenan di tempat kerja.

Aktiviti ini akan menjadi lebih menyeronokkan jika dilakukan bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

Pelbagai aktivti juga boleh dilakukan seperti berbeku, permainan atau menonton filem bersama.

Justeru berikut antara manfaat yang diperoleh dengan melakukan aktiviti berkhemah berdasarkan portal eurekacamping.com;

Membaiki mood

lifestyle-people-living-camping

Aktiviti berkhemah di kawasan alam semula jadi dapat memberikan ketenangan. Di samping dapat menghirup udara segar dan jauh daripada kesibukan serta kebisingan kota.

Berkhemah juga dapat meredakan mood dan membantu hormon melatonin untuk berada pada tahap stabil.

Berhubungan

It's day only for boys

Perkhemahan tidak hanya memberi manfaat kepada golongan dewasa, tetapi turut memberi kelebihan kepada golongan kanak-kanak. Melatih hubungan komunikasi termasuk membiasakan diri dengan persekitaran flora dan fauna.

Pelbagai aktiviti menarik seperti teka silang kata, permainan catur, melukis, bermain layang-layang, menangkap gambar atau memasak boleh dilakukan bersama anak-anak.

Kemahiran baharu

ezgif-4-115105521a

Disebabkan beberapa sumber yang terhad, aktiviti perkhemahan memperuntukkan seseorang untuk memiliki fikiran yang kreatif terutama terhadap penggunaan barangan pelbagai guna.

Tidak hanya itu mempelajari kemahiran baharu seperti memasang khemah, menghidupkan api, mencari makanan segar ataupun mengikat simpulan dapat dipelajari.

Kecerdasan fizikal

ezgif-4-0fbb8e5177

Gerakan fizikal banyak dilakukan ketika melakukan aktiviti berkhemah. Bermula dengan mengemas barangan, memasang khemah, menyusun kelengkapan, memasak dan mengemas, segalanya memerlukan tenaga fizikal.

Perkara itu mungkin berbeza ketika bersantai di rumah.

Pada masa sama, berkhemah boleh meningkatkan kadar degupan jantung selain dapat dijadikan sebagai senaman.

Kekuatan memori

full-shot-explorers-setting-up-tent

Menurut Auckland Council, kelebihan persekitaran yang penuh dengan pepohon segar dapat membantu tubuh untuk mengeluarkan horman serotonin dan neurotransmitter yang membantu mengawal mood, selera makan dan tidur.

Selain itu aktiviti ini turut dapat meningkatkan serotonin juga meningkatkan fungsi kognitif seperti ingatan dan pembelajaran.

Perkhemahan juga membuatkan diri terdedah kepada cahaya matahari yang kaya dengan vitamin D. Vitamin D membantu untuk menyerap kalsium dan fosforus yang baik untuk tulang dan gigi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram