Tanpa segan silu karya tempatan papar babak hubungan sejenis, apa dah jadi?


  • Hiburan
  • Ahad, 11 Dis 2022

Babak filem yang seperti memaparkan seorang lelaki mengamalkan gaya hidup songsang.

AL-QURAN jelas menceritakan mengenai tentangan ALLAH terhadap hubungan sejenis tidak mengirasa sama ada antara lelaki dengan lelaki, mahupun wanita dengan wanita.

Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh TUHAN kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)”. (Surah al-Syu’ara: 165-166)

Tindakan itu jelas bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia melainkan hanya kerana menuruti nafsu semata-mata. Bahkan perkara itu turut dilarang mempamerkanya secara umum di depan khalayak mahupun memaparkannya di kaca televisyen.

Namun, dek kerana peredaran zaman, dan kononnya fahaman minda terbuka membuatkan perkara sebegini tidak menjadi kesalahan mahupun larangan lebih-lebih lagi memaparkannya dalam naskhah filem

Justeru berikut antara karya tempatan yang memaparkan adegan hubungan sejenis sama ada terang-terangan memaparkan unsur LGBT sama ada secara visual mahupun audio.

Filem: Histeria

Tahun: 2008

MV5BMjM3ZjIwYzgtNDgzZC00NmUyLTkxNzQtNzI0YTRlY2E0NWZlXkEyXkFqcGdeQXVyMjgzNDQyMjE@._V1_

Satu babak daripada filem ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan memaparkan tentang hubungan sejenis antara dua pelajar perempuan bernama Zeta lakonan Yana Samsudin dengan Alissa (Scha Al-Yahya). Babak bercuim itu turut mengundang kontroversi dan perbualan hangat. Bagaimanapun babak tersebut mendapat kelulusan Lembaga Penpisan Filem (LPF).

Filem genre seram ini diarahkan oleh James Lee sementara dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ainul Aishah dan Datuk Adi Putra.

Filem: Pisau Cukur

Tahun: 2009

pisau-cukur-malaysian-movie-poster

Terdapat beberapa adegan hubungan yang ‘mengelirukan’ dipaparkan dalam filem ini.

Antara babak yang dipaparkan ialah watak anak lelaki Tan Sri Suhaimi Murad bernama Iskandar yang digambarkan sebagai seorang lelaki gay.

Begitu juga watak Johan yang menari bersama Iskandar dan saling berjalan beriringan ketika turun daripada kapal persiaran mewah.

Tidak hanya itu terdapat juga babak di mana video milik Sal iaitu isteri ketika Datuk Zakaria Hitam yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita.

Filem romantik komedi arahan Bernad Chauly terbitan Grand Brilliance dan Redfilms itu dibintangi oleh Nur Fazura, Maya Karin, Datuk Aaron Aziz, Redza Minhat, Datuk Eizlan Yusof, Datuk Rahim Razali, Sharifah Sofea, Datin Paduka Umie Aida dan Khatijah Tan.

Filem: Lagenda Budak Setan

Tahun: 2010

MV5BN2Y1YzA1ZGYtMDY4MC00ZTgzLTljY2YtZDk3NDQwNTg1Y2ZmXkEyXkFqcGdeQXVyMjgzNDQyMjE@._V1_

Filem arahan Sharad Sharan yang diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah ini memaparkan tentang gaya hidup hubungan sejenis antara lelaki.

Hisyam yang dikatakan menjalani hubungan dengan teman lelakinya sering mengganggu Katerina sehingga sanggup mengupah orang untuk memukul Kasyah.

Diterbitkan oleh Astro Show dan Tarantella Pictures, filem ini dibintangi oleh Farid kamil, Datin Lisa Surihani, Nur Fazura, Que Haidar dan Shiqin Kamal.

Filem: Aku Bukan Tomboy

Tahun: 2011

aku-bukan-tomboy-malaysian-movie-poster-md

Diarahkan oleh Syamsul Yusof manakala diterbitkan oleh Skop Productions, filem Aku Bukan Tomboy menceritakan tentang kehidupan gadis bernama Farisha yang memiliki perwatakan sebagai tomboy.

Tidak hanya menjadi dua lelaki, Farisha juga didambarkan oleh dua wanita lain yang merupakan lesbian iaitu Sam dan Bell.

Selain dibintangi oleh Syamsul sendiri, Scha Al-Yahya, Salina Saibi, Sheera Iskandar dan Shaheizy Sam antara selebriti terlibat dalam filem ini.

Filem: Aku Cinta Kau Seorang

Tahun: 2012

MV5BN2E2N2JjOGEtZmVjNi00ZmYyLWExNzUtNTIxMTM1NDhlNDhiXkEyXkFqcGdeQXVyMDM3MzU0Ng@@._V1_

Diarahkan oleh Ollynn, filem ini memaparkan Mukhlis yang mempunyai hubungan dengan seorang lelaki.

Setelah pulang dari kelab malam bersama rakannya, Murni, Mukhlis pulang ke rumah dan masuk ke dalam bilik dengan membuka pakaian sementara rakan lelakinya terbaring di atas katil.

Filem ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Nuremy Ramli, Fezrul Khan dan Mon Ryanti manakala diterbitkan oleh Metrowealth Pictures. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram