Derita ulser mulut? Ambil tahu kaedah merawatnya 


  • Sihat
  • Ahad, 11 Dis 2022

Ulser mulut dikatakan boleh berlaku jika seseorang kurang minum air, tidak cukup rehat dan kurang rehat.

ULSER mulut atau turut dikenali sebagai serawan, guam mahupun popular dengan panggilan ‘mata ikan' merupakan situasi luka pada mukosa mulut. Kebiasaannya terjadi di bahagian dalam bibir, dalam pipi dan juga permukaan lidah.

Memetik My Health, ulser mulut turut dipanggil lepuh merupakan aduan utama yang sering berlaku dalam mulut.

Situasi itu menyebabkan rasa tidak seleasa, sakit serta kesukaran untuk makan, minum dan bercakap.

Lepuh dan ulser mulut bukanlah suatu penyakit, tetapi ini merupakan petanda klinikal mengenai sesuatu penyakit yang sedia ada.

Menurut fakta, ulser mulut terjadi apabila terdapat luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput dalam mulut.

Sebab berlakunya ulser mulut

Terdapat beberapa penyebab luka mulut adalah ulser afta atau recurrent aphthous stomatitis mampu berlaku.

Disebabkan oleh trauma atau kecederaan. Sebagai contoh seperti tergigit mulut dengan tidak sengaja, gigi mahupun tampalan yang tajam, gigi palsu dan pendakap gigi tidak sempurna.

C0051857-Aphthous_ulcer_on_the_tongue-SPL_1.max-600x600

Punca kedua kanser lidah atau penyakit sistemik yang boleh mengakibatkan terjadinya lepuh mulut seperti penyakit darah; anemia, leukemia.

Jangkitan virus merupakan perkara paling kerap berlaku seperti cacar air, kayap, cold sores, penyakit tangan kaki dan mulut.

Sementara itu, bakteria seperti ifilis, tuberkulosis. Tidak kurang juga infeksi kulat iaitu histoplasmosis, mucormycosis.

Lepuh mulut merupakan suatu poket kecil yang berisi cecair di permukaan superfisial mukosa mulut. Lepuh jarang dijumpai di dalam mulut kerana ia senang pecah dan menjadi ulser mulut kerana persekitaran lembap dalam mulut.

Ini juga disebabkan daripada trauma semasa mengunyah makanan, dan infeksi daripada flora (kuman) mulut.

Tekanan

Dr Ahmad Samhan Awang di Twitter memaklumkan ulser boleh timbul kerana stres, kekurangan zat makanan, kurang rehat atau tidur.

Begitu juga jika berlakunya jangkitan virus dan kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah.

Tempoh masa

Dermatology Mouth Ulcers Figures 1-6

Menurut Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Sivakama Sunthari, ulser atau pecahan pada rongga mulut tidak sembuh lebih dua minggu perlu dirawat bagi mengesan jika keadaan itu adalah simptom kanser mulut.

Kanser squamous cell carcinoma (SCC) adalah barah paling kerap berlaku dalam rongga mulut.

Semula jadi

Terdapat beberapa rawatan semula jadi boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Caranya dengan minum air putih dua liter sehari. Sebaiknya urus stres dengan baik termasuk dapatkan waktu tidur dengan cukup.

Selain itu berus gigi selepas makan dan hindari memakai pendakap gigi tiruan.

Perubatan

Kanak-kanak berusia 16 tahun ke bawah dilarang dari menggunakan bonjela (gel rawatan ulser). Ini kerana ia mengandungi asid salicylic yang dinamakan aspirin (ubat cair darah).

Medicines and Healthcare Products Regulatory Agency (MHRA) juga mengeluarkan amaran ini sejak 2006, aspirin boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome, satu komplikasi yang boleh mengakibatkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian.

Oleh itu kanak-kanak berusia 16 tahun disarankan menggunakan ubat yang mengandungi Hyaluronic Acid seperti Aftamed Gel, Aloclair Gel, Alcolair Spray dan gel Oral 7.

Begitu juga rawatan seperti berkumur dengan air garam atau berkumur dengan antiseptik termasuk menggunakan gel aloe vera. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram