Mahu jadi jurusolek kesan khas? Ketahui 5 perkara asas hasilkan efek berkualiti 


  • Hiburan
  • Sabtu, 10 Dis 2022

Kesan solekan khas memberikan kesan lebih nyata dan dilihat seperti benar-benar berlaku. — Agensi

PENGGUNAAN solekan khas atau SFX memberi impak kepada penonton terutama menonton karya genre seram, aksi mahupun fiksyen.

Kehadirannya dapat memberikan kesan realistik dan kelihatan lebih nyata seperti benar-benar berlaku.

Lihat sahaja beberapa filem menggunakan kesan solek khas yang dikatakan ‘berkuaiti tinggi’ menurut sfxspecialeffectmakeup.com.

article_aligned@2x (2)

Filem seperti An American Werewolf In London dikatakan menjadi sebuah karya ikonik untuk solekan kesan khas. Hasil tangan Rick Baker berjaya melakukan transformasi terhadap watak utama David Kessier menjadi serigala jadian.

Begitu juga dengan kemampuannya dalam Men In Black dan How The Grinch Stole Christmas.

Bagi mendapatkan kesan yang terbaik, pelbagai aspek mesti diambil kerana jika tidak tentu sahaja ada ‘rompong’ atau kesannya tidak terlalu memuaskan.

Oleh itu terdapat beberapa perkara yang diperlukan untuk mendapatkan solekan kesan khas yang berkualiti menurut sfxspecialeffectsmakeup.com.

article_aligned@2x (3)

Lateks cair

Penggunaan lateks dalam solekan kesan khas merupakan perkara asas yang perlu ada. Bahan ini juga sering digunakan untuk menghasilkan luka palsu yang boleh dipercayai dan kelihatan seperti nyata.

Castol seal

Bahan castol seal akan diletakkan pada bahagian atas lapisan lateks agar solekan lebih mudah dilakukan dan kelihatan sesuai.

Palet

article_full@2x

Variasi pilihan warna palet yang boleh digunakan untuk dicampurkan dengan beberapa warna.

Campuran warna membuatkan solekan menjadi lebih baik.

Gam larut

Cecair gam larut ini merupakan pelekat bagi membolehkan untuk melekat beberapa bahan lain seperti rambut atau hidung palsu.

Darah palsu

Cecair ini sering digunakan untuk mendapatkan kesan luka lebih dramatik. Kelihatan seperti nyata dan boleh menyebabkan ‘luruh’ jantung lebih-lebih lagi ketika festival Halloween atau April Fool. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram