Keperitan di sebalik topeng Son Heung-min jadi kekuatan berjuang demi negara


Heung-min dan juga Kapten Korea Selatan menjadi inspirasi kerana sifat optimis dan dedikasi terhadap pasukan dan sukan bola sepak.

SEJAK November, seluruh dunia mengalami ‘demam’ Piala Dunia dan boleh dikatakan sukan temasya itu menjadi perbualan hangat hampir setiap hari.

Selain daripada kisah perlawanan pasukan hebat yang mendominasi kedudukan teratas, barisan pemain juga menjadi perhatian.

Begitu juga dengan pemain Son Heung-min yang merupakan kapten Korea Selatan. Kewibawaannya mengendalikan pasukan Asia itu menarik perhatian lebih-lebih lagi apabila gayanya yang bertopeng.

Memetik laporan Ghana Soccernet, Heung-min disifatkan lebih popular daripada bintang selebriti dunia terkenal.

Perjuangannya membawa nama baik negara ke persada antarabangsa benar-benar memberi inspirasi kepada orang lain.

_127881208_gettyimages-1245308568

Kata seorang penyokong kepada BBC Sport, Heung-min menjadi inspirasi sekali gus kebanggaan negara tanah airnya.

“Dia membuat orang bangga menjadi rakyat Korea. Dia lebih terkenal daripada Beyonce,” jelasnya.

Dalam pada itu, gambar Heung-min turut terpampang di salah sebuah bangunan pencakar langit di Doha, Qatar.

Barisan peminat turut memberikan sokongan kepada mereka dengan memakai baju tertera namanya.

Ketika namanya disebutkan ketika perlawanan menentang Uruguay di Stadium Education City, Doha, penonton bersorak gembira dan teruja berdiri. Reaksi luar biasa itu turut diberikan ketika gambarnya terpampang di skrin mega.

Heung-min turut membantu gol kemenangan dalam perlawanan menentang 2-1 antara Korea Selatan dan Portugal.

_124733941_son_getty

Pemain penyerang itu mengalami kecederaan pada mata kiri ketika Tottenham menentang Marseille pada perlawanan Liga Juara-Juar, awal November lalu.

Kecederaan itu memberi tamparan hebat buatnya termasuk peminat yang mengharapkan aksinya pada Piala Dunia.

Apatah lagi, prestasi pemain berusia 30 tahun itu berada di kemuncak selepas berjaya memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris pada Mei lalu.

Atas semangat juangnya yang tinggi, Heung-min berjaya pulih dan menyertai Piala Dunia dengan imej tersendiri iaitu memakai pelindung mata atau topeng berwarna hitam.

Meskipun tercedera, Heung-min tetap optimis dan bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik kepada pasukannya.

Tindakannya itu membuatkan penyokong Korea Selatan bahkan seluruh peminat suka bola sepak kagum dengannya.

Sumbangan Heung-min secara tidak langsung dianggap sebagai inspirasi buat mereka yang lain. Biarpun mengalami kecederaan, tetapi itu tetap bukan penghalang buatnya untuk berbakti kepada negara.

Untuk rekod, Heung-min menjaringkan 35 gol dalam 107 penampilan bersama pasukan kebangsaannya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram