
PENGAMBILAN makanan dan minuman mempengaruhi tahap kesihatan serta kesejahteraan. Disebabkan itu pilihan makanan yang tepat dapat membantu bagi mengelakkan diri daripada menghidapi sebarang penyakit kronik.
Menurut My Health, makanan dan minuman merupakan elemen penting kesihatan manusia. Begitu juga dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyifatkan kesihatan terkait kepada kesejahteraan jasmani, rohani dan sosioekonomi.
Kebanyakan manusia mendapat penyakit disebabkan pola pemakanan yang tidak betul khususnya melibatkan pemakanan sihat.
Nabi Muhammad SAW adalah teladan terbaik tidak hanya melibatkan hal agama, tetapi juga menyentuh seluruh aspek kehidupan.
Begitu juga dengan amalan pemakanan. Rasulullah SAW mengajar pengambila makanan dan minuman suci, halal serta baik untuk tubuh badan.
Justeru berikut makanan sihat boleh diamalkan yang penuh khasiat seperti diamalkan Rasulullah SAW.
Daging kambing (bahagian lengan atau shank)
Mengandungi kurang lemak dan bahagian paling lembut pada haiwan itu.
Daging bahagian ini juga mudah dihancurkan dan dihadamkan selepas dimasak. Kaya dengan zat besi serta mampu memberi tenaga untuk kekuatan otot.
Keju
Rasulullah SAW sangat menyukai keju yang diperbuat daripada susu lembu atau kambing.
Kandungan rendah lemak dalam keju memberi manfaat dan baik untuk kesihatan.
Anggur
Kaya dengan vitamin C, B6, kalium yang baik untuk melancarkan pencernaan termasuk membantu saluran kencing kerana bersifat diuretik.
Biji anggur yang mengandungi antioksidan pycnogenolyang berfungsi sebagai agen kolagen, meningkatkan fungsi pembuluh darah dan anti penuaan.
Kulit anggur kaya dengan flavanoid yang dipercayai mampu mencegah risiko strok dan darah tinggi.
Anggur juga mengandungi tannin yang mempu mencegah kerosakan gigi.
Barli
Terdapat satu kajian menunjukkan barli memberi manfaat dan baik untuk diambil ketika sedang demam.
Sifatnya yang mudah dihadam, dapat memberi tenaga dengan cepat.
Barli juga dapat menurunkan kadar kolesterol dan dipercayai mampu melindungi usus daripada terkena penyakit kanser.
Madu
Bukan Madu 3, tetapi madu lebah kaya dengan bahan antioksidan yang difahamkan berfungsi sebagai penghalang kepada pertubuhan sel kanser.
Menurut kajian kesihatan di Universiti Memphis Tennessee, Amerika Syarikat, madu lebah sesuai untuk diambil oleh ahli sukan. Ini kerana madu lebah mampu mengawal kadar hormon kartisol di tahap rendah untuk meningkatkan lagi daya kekuatan otot.
Madu merupakan sumber tenaga asli manakala menurut pakar dari Universiti Waikato, New Zealand madu juga mampu membunuh pelbagai jenis kuman sama ada daripada jenis bakteria, fungus atau protozoa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram