Stres dan genetik antara punca kanak-kanak tidur ketap gigi


  • Sihat
  • Khamis, 08 Dis 2022

Pastikan kanak-kanak memiliki waktu tidur yang cukup sekitar 11 hingga 13 jam sebagai antara kaedah rawatan gangguan gigi bergeser ketika sedang tidur.

SECARA saintifik, masalah gigi bergesel atau istilah perubatan dipanggil bruxism merupakan satu tabiat dalam kalangan kanak-kanak yang berlaku tanpa sedar.

Perkara ini boleh berlaku secara kerap semasa tidur. Berdasarkan kajian sekitar dua atau tiga daripada 10 kanak-kanak akan mengisar atau mengetap gigi ketika tidur.

Menurut pakar perubatan Brazil, Dr Andrea Goncalves Antonio, dianggarkan 7 hingga 15.1 peratus kanak-kanak seluruh dunia mempunyai tabiat ini.

Memetik Hello Doktor, perbuatan mengetap datau mengeser gigi ini kerap berlaku terhadap kanak-kanak perempuan berbanding lelaki.

Punca

Meskipun sudah banyak kajian dilakukan, namun punca utama perkara ini berlaku masih belum diketahui. Bagaimanapun beberapa pakar perubatan yakin, segala berpunca disebabkan genetik, fizikal dan psikologi.

Joyful small redhaired female kid points at tooth, closes eyes and laughs happily, has bun knot, wears loose striped sweater, poses against rosy background, prepares for going to kindergarten

Tabiat mengetap gigi ketika berjaga: Dipengaruhi oleh emosi negatif seperti kegelisahan, stres, kemarahan dan kekecewaan.

Tabiat tidur gigi berbunyi: Disebabkan oleh aktiviti menguyah semasa tidur berkaitan dengan rangsangan atau halusinasi semasa tidur.

Punca lain yang tidak spesitif

Perubahan struktur gigi (selepas trauma kemalangan atau rawatan gigi)

  • Susunan gigi berterabur
  • Masalah perubatan (Cerebral palsy)
  • Posisi badan ketika tidur.

Faktor gigi berbunyi

Stres

Kegelisahan atau kadar tekanan yang tinggi boleh mengakibatkan kanak-kanak mula mengetap gigi.

Perkara ini lebih ketara berlaku kepada kanak-kanak yang baru memulakan persekolahan.

Umur

Perkara ini lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak dan mulai menghilang apabila dewasa.

Personaliti

Kanak-kanak yang memiliki personaliti hiperaktif dan agresif dapat meningkatkan risiko mengetap gigi.

Genetik

Ahli keluarga yang mempunyai tabiat serupa atau mempunyai sejarah mengetap gigi mampu mempengaruhi berlakunya gangguan.

Masalah kesihatan

Terdapat beberapa masalah kesihatan lain yang mampu mengakibatkan mengetap gigi seperti sawan epilepsi, gangguan tidur, gangguan pencernaan asid refluks (GERD) dan Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

little-girl-holding-help-message-white-paper

Jenis rawatan

  • Beberapa langkah boleh diambil bagi membantu mengatasi masalah ini.
  • Mengatur rutin tidur malam anak yang konsisten sebanyak 11 hingga 13 jam semalam.
  • Jauhkan anak-anak daripada menonton filem atau video yang tidak sesuai untuk umur mereka seperti terlalu ganas atau seksual.
  • Terapi menangani stres dan kegelisahan.
  • Dapatkan rundingan doktor pergigian.
  • Gunakan pelindung mulut (mouth guard). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram