Karya fenomena seluruh dunia, lagu saduran popular yang dinyanyikan semula penyanyi Malaysia


  • Hiburan
  • Jumaat, 02 Dis 2022

Lagu saduran yang dinyanyikan semula dilihat mudah mendapat tarikan pendengar.

LAGU saduran merupakan karya asal yang dinyanyikan semula oleh penyanyi lain dengan susunan muzik sedikit berbeza berbanding sebelumnya.

Selain diberikan nafas baharu, tidak dinafikan lagu saduran mudah mendapat tempat dalam kalangan pendengar kerana kebanyakannya diambil daripada single yang sudah terlebih dulu popular.

Senario ini bukan satu perkara asing dalam industri muzik kerana sudah diamalkan sekitar dan salah satu single popular era 1980-an seperti Jika Kau Bercinta Lagi nyanyian kumpulan Alleycats.

Mungkin, ramai tidak tahu bahawa lagu itu sebenarnya bukan lagu asal, sebaliknya dinyanyikan semula daripada lagu asal, Ikaw Ang Aking Mahal sekitar 1978.

Karya barat juga sering menjadi ‘sasaran’ kerana bersifat popular dan mudah diterima.

Berikut antara lagu popular luar negara yang dinyanyikan semula oleh penyanyi tempatan:

1. Aku Masih Setia (Dia Fadila)

majoriti2022 (4)

Aku Masih Setia nyanyian Dia Fadila merupakan lagu saduran It’s Not Goodbye yang dinyanyikan oleh Laura Pausini iaitu artis popular Itali. Selain itu, ia juga diberikan nafas baharu menerusi judul yang berbeza iaitu Jat Da Da Da (Koi Nanja Nai oleh ICE).

2. Vida dan Jangan Pisahkan (Phyne Ballerz)

majoriti2022 (7)

Penyanyi berkumpulan yang pernah berada di bawah pengurusan KRU Music, Phyne Ballerz turut menyanyikan semula dua buah lagu popular dari penyanyi Puerto Rico, Son by Four bertajuk Purest of Pain dan ditukarkan kepada Vida.

Lagu tersebut merupakan runut bunyi drama popular yang pernah mencetus fenomena di tanah air bertajuk Mis Tres Hermanas dari Venezuela.

Kemudian lagu kedua yang dinyanyikan semula oleh mereka ialah Jangan Pisahkan (Deddy Dores dan Mayang Sari).

3. Kembali Senyum (Allahyarham Izwan Pilus)

majoriti2022 (5)

Lagu bertajuk Kembali Senyum yang dinyanyikan oleh Allahyarham Izwan Pilus diambil daripada runut bunyi drama bersiri popular Korea Selatan, Full House.

Menerusi judul asal Fate yang dinyanyikan oleh Why, lagu itu tidak hanya memukau peminat di Malaysia, tetapi drama itu juga terkenal di seluruh dunia pada 2007.

4. Sonata Musim Salju (Hazami)

majoriti2022 (9)

Lagu Sonata Musim Salju juga karya nyanyian semula oleh penyanyi Hazami sekitar 2007.

Merupakan runut bunyi drama Winter Sonata, tajuk asal lagu itu ialah From The Beginning Until Now nyanyian Ryu.

5. Ku Juga Mencintaimu (Saiful)

majoriti2022 (6)

Lagu Ku Juga Mencintaimu nyanyian Saiful merupakan lagu saduran runut bunyi drama China, Meteor Garden.

Lagu itu merupakan saduran Can’t Help Falling In Love With You oleh Harlem Yu.

6. Hari Ini Dan Semalam (J.Mizan dan 6ixth Sense)

majoriti2022 (8)

Lagu Hari Ini Dan Semalam yang dinyanyikan J.Mizan pada 1974 turut dinyanyikan semula oleh kumpulan 6ixth Sense.

Bagaimanapun, ramai yang tidak tahu lagu tersebut asalnya dinyanyikan oleh Kumi Kaori bertajuk Kuchizuka Ga Kowai. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram