Impikan kelainan, wanita Azerbaijan salin ayat suci al-Quran atas hamparan sutera


Tunzale mempamerkan al-Quran yang dituliskan semula olehnya dan dipamarkan di Muzium Kesenian Islam Turkiye.

KEBIASAANYA individu yang ingin menulis semula al-Quran akan menggunakan kertas untuk melakukannya.

Bagaimanapun, seorang seniman asal Azerbaijan berfikir di luar kotak dan memilih untuk melakukan sesuatu yang berlainan.

Artis wanita yang juga pelukis itu berjaya merealisasikan impiannya dengan menulis semula al-Quran di atas lembaran kain sutera.

5835a560-5fa0-446c-956e-3c550a0a0a80-svila-kuran-4-previewOrg

Tunzale Memmedzade melakukan perkara itu selepas mengetahui al-Quran sebelum ini belum pernah ditulis semula di atas lembaran sutera.

Dia menggunakan warna keemasan untuk membentuk tulisan kaligrafi yang dilakukannya sendiri.

Lembaran sutera berukuran 11.4 x 13 sentimeter itu kelihatan indah dan mempesona lebih-lebih lagi apabila warna emas yang digunakan kelihatan menonjol serta menyerlah.

Cyl1QnDXAAAci-z_save

“Saya ingin melakukan sesuatu kelainan daripada biasa. Saya menyalin ulang al-Quran sesuai yang dibenarkan oleh Jabatan Agama Negara (Azerbaijan),” katanya.

Kaligrafi tulisan Tunzale turut mendapat pujian ramai dan menarik perhatian pendakwah dari beberapa negara lain.

Perkara itu secara tidak langsung menjadi inspirasi buat mereka yang optimis dan kreatif untuk melakukan perkara berbeza berbanding kebiasaan.

Dalam pada itu, al-Quran istimewa tersebut dipamerkan bagi tontonan umum dengan bertajuk The Art of The Qur’an: Treasures di Muzium Kesenian Islam Turkiye. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram