Ingin berat badan ideal tetapi malas bersusah payah, berikut 5 caranya


  • Sihat
  • Isnin, 05 Dis 2022

Kawalan pengambilan makanan boleh dilakukan beberapa hari dalam seminggu bagi membantu menurunkan berat badan.

MEMILIKI berat badan ideal bukan sahaja melibatkan penampilan, tetapi turut mempengaruhi tahap kesihatan.

Kata-kata seperti pengambilan makanan sihat, aktiviti fizikal antara nasihat yang sering didengari jika ingin memenuhi impian tersebut.

Namun, tidak semua yang sanggup melakukan perkara itu dan memilih untuk mengabaikan sahaja.

Bagaimanapun, penjagaan kesihatan penting dan segalanya bermula daripada pemakanan dan aktiviti fizikal.

Mendengarkan hal itu, bagaimana pula buat mereka yang tidak mempunyai obsesi untuk melakukan perkara tersebut.

Justeru berikut ada cara bagi membantu mereka yang ‘malas’, tetapi dalam masa sama masih mampu menjaga kesihatan.

Memetik portal kesihatan halodoc, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi membantu untuk merealisasikan impian itu.

Kawalan diet

Healthy Menu Recipe Food Diet

Tidak dinafikan amalan diet ketat akan mengakibatkan seseorang mudah putus semangat dan berkemungkinan akan menjurus ke arah ‘cheat day’ dengan kerap.

Oleh itu apa kata beri ruang pada diri sendiri dan cuba lakukannya kawalan pemakanan sekitar tiga atau empat hari dalam seminggu.

Selebihnya beri peluang kepada diri sendiri untuk menikmati pilihan makanan seperti biasa.

Paling penting, tidak mengambil makanan secara berlebihan terutama pada waktu malam. Cukuplah dengan amalan suku, suku, separuh.

‘Jimat’ waktu

flay-lay-scale-weights

Berdasarkan satu kajian American Journal of Physiology, individu yang melakukan aktiviti olahraga selama 30 minit sehari sepanjang tempoh tiga bulan mengalami penurunan berat badan sebanyak 3.6 kilogram (kg).

Sementara mereka yang menghabiskan masa 60 minit sehari untuk tempoh sama hanya mengalami penurunan berat badan sebanyak 2.7kg.

Rehat yang cukup

ezgif-5-197c78effb

Dapatkan waktu tidur yang cukup bagi mengelakkan kecenderungan rasa lapar.

Kumpulan peneliti di Universiti of Coloradi, Amerika Syarikat berpendapat mereka yang kurang tidur mengalami gangguan pada jalur otak dan memberi kesan buruk kepada tubuh iaitu kecenderungan untuk makan berlebihan.

Air putih

close-up-mature-woman-s-hand-keeps-glass-water_273609-13655

Amalkan minum air putih dalam diet harian bagi membantu untuk menurunkan berat badan.

Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Obesiti, seseorang yang minum dua gelas air putih sebelum makan mampu menurunkan berat badan kira-kira 4.3kg dalam tempoh 12 minggu.

Gula-gula getah

ezgif-5-19c6eef1c1

Berdasarkan kajian dalam Frontiers in Psychology, menguyah gula-gula getah dapat membantu mengurangkan nafsu makan dan mencegah daripada pengambilan makanan berlebihan dalam satu-satu masa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram