NIAT seorang remaja yang ingin berkenalan dengan wanita warga asing bertukar tragedi apabila dia dibelasah oleh sekumpulan lelaki.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila remaja berumur 19 tahun itu bertemu dengan wanita yang dikenalinya secara dalam talian.
Kedua-duanya kemudian dikatakan bersetuju untuk bertemu di sebuah kedai makan di Johor Bahru, Johor pada Rabu.
Ketika sedang berbual, mereka tiba-tiba didatangi oleh empat orang lelaki yang bertanyakan kepada mangsa bagaimana dia mengenali wanita itu.
Tidak lama daripada itu, mangsa dipukul oleh empat individu terbabit. Mangsa bagaimanapun berjaya melarikan diri ke kawasan berhampiran.
Namun, malang menimpa apabila enam lagi lelaki mengejar dan memukulnya. Perkara itu mengakibatkan dia dipukul oleh 10 orang lelaki.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan mengalami kecederaan di muka, kepala dan badan.
Belum ada kenyataan rasmi polis Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram