Kredibiliti dan kualiti boleh jadi inspirasi buat orang lain 


Pesona dan keperibadian mampu membuatkan seseorang menjadi inspirasi kepada orang lain. — Gambar Hiasan

PESONA yang dimiliki mampu membuat seseorang mudah menarik perhatian sesiapa berada di sekitarnya. Tanpa perlu berusaha keras atau banyak menyusun kata, mereka ini kelihatan bijak dan berkaliber selain mampu untuk dijadikan sebagai ikon.

Dalam kata mudah, setiap perkara baik yang dilakukan dapat menjadi contoh dan membuatkan mereka turut melakukan hal positif tidak mengira di mana sahaja berada.

Begitu juga jika seseorang itu memiliki karisma yang dipandang penuh wibawa terutama di pejabat sehingga mampu menjadi inspirasi kepada kakitangan lain.

Perkara tersebut secara tidak langsung menjadi motivasi kepada mereka untuk mengikut jejak langkahnya ataupun melakukan lebih baik.

Bukan sahaja melibatkan kejayaan, tetapi cara kerja yang ditonjolkan mampu membuatkan orang melihatnya dengan bersemangat dan optimis untuk melakukan tugasan dengan baik.

Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh seseorang jika ingin membuatkan diri dilihat mampu menjadi contoh dan ikutan.

Group of people working out business plan in an office

Tahap personaliti

Berdasarkan womanpreneur-community.com, memberi dorongan dan keyakinan mampu menaikkan semangat untuk berdaya saing merupakan salah satu 'karakter' mereka yang boleh diangkat sebagai inspirasi.

“Menginspirasi orang dari belakang dengan memberikan kata positif sangat mudah untuk membakar semangat orang lain.

“Cara itu dapat menciptakan hubungan baik dan membentuk keyakinan sekali gus membantu meningkatkan kualiti kerja,” jelas penulisan tersebut bagi langkah pertama.

Optimis

Seterusnya, memberikan contoh dan tauladan agar dapat membakar semangat untuk bekerja lebih gigih berdasarkan gaya kredibiliti.

Selain daripada melibatkan kata-kata, terjemahkan dengan dengan tingkah laku seperti perbuatan bertimbang rasa, positif dan bertolak ansur demi mencapai kata sepakat.

Sifat dominan hanya akan mendatangkan kemudaratan sekali gus mewujudkan rasa tidak puas hati sehingga mengakibatkan terjadinya jurang komunikasi.

Pemerhati

Group of people working out business plan in an office

Beri ruang untuk mendengar dan menerima secara tidak langsung satu menonjolkan refleksi profesional yang akan menjadi contoh.

Inspirasi juga dapat ditonjolkan berdasarkan aksi, tindakan atau cara kerja yang dilakukan sehingga dapat menjadi ikutan orang lain.

Berikutnya, inspirasi itu dapat ditonjolkan berdasarkan pencapaian kejayaan yang boleh dijadikan contoh.

Tahap profesionalisma seseorang diukur berdasarkan kemampuan dan kemahiran yang dimiliki. Pengalaman terhadap sesuatu bidang juga melayakkan diri seorang untuk dijadikan ikon atau simbol kepada kejayaan.

Oleh itu, prestasi atau pencapaian ini lah menjadi inspirasi bagi orang lain untuk bekerja lebih dan menghasikan hal-hal bermanfaat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram