Larian sari eratkan hubungan kepelbagaian kaum, kutip dana RM30,000


Sekumpulan peserta menyertai aktiviti amal, Larian Sari Pulau Pinang sekali gus berjaya mengumpul dana untuk disumbangankan kepada mereka yang memerlukan.

SEKUMPULAN pelari melakukan kelainan dengan mengenai busana tradisional masyarakat India iaitu sari ketika mengadakan larian amal di Pulau Pinang baru-baru ini.

Seramai 25 peserta menyertai Larian Saree Pulau Pinang yang bermula di Straits Quay, Jalan Seri Tanjung Pinang.

Larian bermula sekitar pukul 8 pagi sejauh 5 kilometer itu bukan sahaja melibatkan aktiviti kecerdasan, tetapi turut dapat mengeratkan hubungan sesama kaum.

Menurut peyelaras Larian Sari Pulau Pinang, Malini Nagarajah, 52, peserta sangat bersemangat mengenakan busana seperti sari dan veshti ketika berlari.

“Pembaharuan dalam larian apabila pemakaian sari memberi dimensi baharu kepada lebih 20 pelari.

“Pemakaian sari ini juga dapat memupuk semangat perpaduan kaum dan lebih membuatkan kita saling menghargai budaya dan warisan masing-masing,” katanya.

Participants were truly enthusiastic about the recent Penang Saree Run. — Photos: MALINI NAGARAJAH

Tambahnya, teknologi digital masa kini secara tidak langsung membantu masyarakat untuk mengetahui aktiviti yang dilakukan di sesebuah kawasan.

Perkara itu secara tidak langsung menarik minat pelbagai golongan berlainan bangsa untuk turut menyertai larian.

“Ramai orang bukan India turut mempraktikkan teknik mengikat sari mereka sehingga berjaya. Ini membuktikan penerimaan dan kemahiran mereka sanagat baik kerana tiada seorang pun sari mereka yang tertanggal,” terangnya.

Salah seorang peserta Yeoh Shen Hoel, 44, mengakui berasa ragu-ragu terhadap keselamatan untuk memakai sari ketika berlari.

Perkara itu membimbangkan dirinya jika sari yang dipakai tiba-tiba terbuka ketika sedang melakukan larian.

“Kebimbangan terbesar saya ialah sari akan terlepas semasa larian. Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku saya menggunakan pin keselamatan yang dipakaikan pada seluar pendek di bahagian dalam,” ujarnya sambil ketawa.

(2nd) Malini (left) and Khoo gearing up for the Run.

Bagi Kelly Khoo, 59, memakai sari bukan satu halangan untuk melakukan aktiviti kecerdasa atau fizikal di luar rumah.

“Berlari dengan memakai sari merupakan satu cabaran berbanding memakai pakaian sukan. Saya tidak boleh terima jika ada berpandangan memakai sari boleh menjadi penghalang pergerakan atau prestasi larian,” terangnya bersungguh-sungguh.

Untuk rekod, acara Larian Sari & Veshti (Pulau Pinang) Sari & Veshti Walkathon (Bukit Damansara dan Tasik Perdana, Kuala Lumpur) mengumpul dana kira-kira RM30,000.

Kutipan itu tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan sekali gus bersesuaian dengan objektif aktiviti larian amal tersebut.

Terdahulu Majoriti melaporkan tentang seorang warga emas yang melakukan aktiviti angkat beban dengan memakai sari.

Wanita berusia 56 tahun itu menjadi inspirasi kepada masyarakat setempat di Chennai, India kerana masih bertenaga untuk melakukan aktiviti fizikal itu meskipun sudah berusia. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram