Jangan terkejut kalau hobi no.3 merupakan aktiviti paling popular di dunia


  • Hobi
  • Selasa, 29 Nov 2022

Melakukan aktiviti kegemaran pada waktu lapang dapat memberi ketenangan dan mampu mencetuskan kreativiti dalam diri. — Gambar hiasan

SETIAP daripada kita mempunyai perkara yang gemar dilakukan ketika waktu lapang. Tidak mengira sama ada melakukannya sendiri atau secara berkumpulan.

Meluangkan masa dengan perkara itu secara tidak langsung dapat menghilangkan tekanan sekali gus membantu untuk menjadikan emosi lebih stabil.

Tidak dinafikan sebilangannya ada yang memilih untuk berbelanja besar bagi mencapai kepuasan. Namun, tidak kurang juga yang selesa bersederhana.

Sesetengah mereka seronok menghabiskan masa dengan aktiviti di luar rumah seperti memancing, mendaki atau berkhemah.

Sementara yang yang lebih suka berada di dalam rumah dengan melakukan aktiviti seperti memasak, menjahit atau bermain permainan video.

Namun terdapat beberapa senarai hobi paling popular di dunia berdasarkan portal smalrevolution.com.

1. Membaca buku

medium-shot-woman-reading

Mengimbau semula kenangan di sekolah rendah, hobi membaca buku antara yang paling kerap disebut sekiranya disoal tentang aktiviti masa lapang.

Bagaimanapun, tidak dinafikan membaca buku merupakan antara hobi paling popular di dunia.

Membaca membantu untuk melarikan diri ke dunia yang berbeza dan mempelajari perkara baharu.

Dianggar secara purata sebanyak 12 buah buku akan dibaca oleh penggemar aktiviti ni dalam tempoh setahun.

Membaca dapat memberi motivasi dan membuka minda untuk melihat persepktif berbeza terhadap kehidupan.

2. Bersenam atau olahraga

Cyclist On Sunny Day.Bike Adventure Travel Photo

Bersenam antara satu perkara yang dapat membantu kecergasan kesihatan fizikal dan mental.

Seramai 73 peratus indidvidu di Amerika Syarikat bersenam sekitar satu atau dua kali dalam seminggu.

Tidak mengira sama ada latihan melibatkan aktiviti berbasikal, berlari, berenang atau yoga merupakan antara rutin kegemaran.

Membentuk nilai semangat, motivasi dan bertanggungjawab sebahagian daripada ciri peribadi yang dapat dibentuk.

Perkara ini meliputi terlibat dalam aktiviti sukan seperti bermain bola sepak, berbasikal, bermain tenis, badminton atau bola keranjang.

3. Menonton televisyen

man-enjoying-food-while-being-home-alone-watching-tv

Menonton televisyen atau filem merupakan antara hobi yang paling popular dan biasa dilakukan di seluruh dunia.

Secara purata dianggar sekitar 4.5 hingga 5 jam sehari seseorang invidividu akan habiskan masa mereka dengan menonton televisyen.

Perkara ini disebabkan menonton televisyen memberikan penawaran hiburan yang mempunyai membuat individu berasa tenang dan gembira.

Tambahan, kemudahan aplikasi penstriman seperti Netflix, Iflix atau Viu memberikan lebih peluang kepada saluran kandungan tempatan atau luar negara.

Kelebihan mudah untuk mendapat akses menyebabkan menonton televisyen mampu menyebabkan ketagihan.

Hormon dopamin dalam otak menjadikannya sukar untuk berhenti menonton.

4. Kembara kafe menarik

A high angle shot of coffee beans in jars on a breakfast table with some pastry

Mereka yang gemar ‘mengembara’ untuk mengetahui lokasi tempat makan terbaik.

Golongan ini sanggup berpusing di keliling kota, atau desa semata-mata dapat memenuhi kehendak mereka.

Bagaimanapun, mereka yang memilih aktiviti ini sebagai hobi perlu bijak menguruskan kewangan agar tidak berlaku pembaziran terutama jika makanan dihidang tidak memenuhi cita rasa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram