Awas! Lidah berwarna ungu mungkin petanda awal masalah jantung


  • Sihat
  • Selasa, 29 Nov 2022

Penjagaan mulut tidak hanya melibatkan pembersihan gigi, tetapi turut melibatkan penjagaan kesihatan lidah.

LIDAH merupakan organ penting manusia untuk bercakap, mengunyah dan menelan selain memiliki deria rasa pada permukaannya.

Memberikan nikmat untuk merasai pahit, masin, masam dan manis, lidah juga dapat memberikan gambaran tentang tahap kesihatan semasa.

Oleh itu, sebaiknya perhatian permukaan lidah terutama ketika sedang memberus gigi. Perkara ini penting untuk mengetahui perkembangan kesihatan dari semasa ke semasa sekali gus mampu mencegahnya lebih awal.

Justeru, jom semak penjelasan tahap kesihatan mengikut warna lidah berdasarkan portal Hello Doktor:

Merah jambu

Bagi individu yang memiliki lidah berwarna merah jambu menandakan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat.

Tidak perlu khuatir jika terdapat tompokan putih pada atas lidah kerana itu merupakan situasi normal.

Lidah yang sihat seharusnya bebas daripada sebarang ulser, kesan gigi atau keretakan.

Sekiranya berasa seperti ada biji-biji kecil pada lidah, itu merupakan papillae yang mengandungi tunas rasa.

close-up-examination-with-tongue-depressor

Merah

Awas! Warna merah mungkin menunjukkan lidah sedang mengalami keradangan.

Keadaan yang dipanggil glossitis merupakan reaksi lidah kepada keradangan dan mengakibatkan kehadiran warna kemerahan dan sedikit bengkak.

Papillae yang berada di atas permukaan lidah juga akan menjadi licin jika sedang menghidapi glossitis.

Glossitis dipercayai berlaku disebabkan luka ringan pada permukaan lidah atau jangkitan kuman pada luka tersebut.

Salah satu jenis glossitis ialah geographic tongue dan tanda-tandanya seperti tompokan putih yang berbentuk peta.

Dalam pada itu, lidah berwarna kemerahan juga dipercayai tanda-tanda kekurangan vitamin B-12 atau asid folik.

Dinasihatkan agar ambil makanan seperti daging, ikan, ketam atau kerang bagi membantu untuk mendapatkan vitamin B-12.

Sementara brokoli, asparagus dan buah betik membantu meningkatkan kadar asid folik.

Kuning

Perubahan lidah berwarna kekuningan agak jarang berlaku, namun sekiranya terjadi itu disebabkan oleh jaundice atau penyakit kuning.

Biasanya penyakit kuning berlaku ke atas bayi pramatang lingkungan usia tidak lebih daripada 38 minggu.

Dalam tempoh itu, hati bayi tidak matang perlu membuang bilirubin dalam darah.

Bagaimanapun demam kuning boleh juga berlaku kepada orang dewasa disebabkan jangkitan pada hati seperti hepatitis atau pembentukan batu karang.

Female patient opening her mouth for the doctor to look in her throat. Otolaryngologist examines sore throat of patient.

Ungu

Perhatian keadaan lidah dengan baik sekiranya ada tanda-tanda warna ungu.

Situasi itu bimbang sekiranya individu terbabit mengalami masalah jantung.

Difahamkan, lidah ungu merupakan tanda statis darah iaitu wujudkan peredaran tidak normal pada tubuh badan.

Pada masa sama lidah berwarna ungu mungkin disebabkan oleh masalah paru-paru selain berkait rapat dengan masalah hati.

Kekurangan oksigen dalam darah juga akan mengakibatkan lidah bertukar menjadi warna kebiru-biruan.

Putih

Lidah berwarna putih berlaku disebabkan dehidrasi. Oleh itu amalkan pengambilan air putih yang cukup bagi mengelaknya.

Bagaimanapun permukaan lidah mampu bertukar menjadi warna putih sekiranya dijangkiti oleh kulat.

Jangkitan kandida atau oral thrush merupakan sejenis jangkitan yis yang membuatkan lidah menjadi warna putih seperti dilapisi satu lapisan keju.

Jangkitan candida ini membuatkan lidah berasa sakit dan sukar untuk menelan makanan.

Antara sebab lain yang boleh menyebabkan lidah berwarna putih ialah leukoplakia oral (leucoplakia).

Leukoplakia oral difahamkan merupakan sesuatu yang sangat biasa bagi perokok. Dianggarkan sekitar 80 peratus daripada perokok mempunyai leukoplakia oral pada lidah.

Situasi ini perlu dipandang serius kerana bimbang merupakan tanda awal bagi penyakit kanser.

Hitam

Perubahan warna lidah menjadi kehitaman disebabkan jangkitan bakteria ataupun fungi.

Keadaan ini dipanggil Black hairy tongue yang merupakan jangkitan pada lidah yang membuatkan lidah berubah menjadi warna hitam.

Perkara ini tidak kekal dan hanya bersifat sementara, namun perlu memandang serius dan cuba mengamalkan penjagaan kebersihan oral dengan baik.

Lidah berwarna hitam juga lebih biasa dalam kalangan perokok dan akan menjadi lebih hitam jika seseorang itu mengambil minuman teh hitam atau kopi dengan banyak. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram